“Kalau Saya Nak Pakai Saya Akan Pakai Sampai Bila-Bila, Tak Mahu Buka Lagi” – Ameera Khan Jawab Soalan Bila Mahu Bertudung

Hiburan

“Kalau Saya Nak Pakai Saya Akan Pakai Sampai Bila-Bila, Tak Mahu Buka Lagi” – Ameera Khan Jawab Soalan Bila Mahu Bertudung

Baru-baru ini, adik kepada selebriti, Neelofa iaitu Ameera Khan berkongsikan pandangannya mengenai menutup aurat dengan sempurna (pakai tudung) ketika membuat live di Instagram.

Jawab soalan ‘bilakah mahu berhijab’

Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan menjawab beberapa pertanyaan orang ramai mengenai bilakah mahu memakai tudung semula.

Advertisement

Kata pempengaruh media sosial itu, dia sendiri juga sering bertanya kepada dirinya soalan ‘bila saya akan mula berhijab’ tetapi gagal beberapa kali apabila cuba untuk pakai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan)

Dalam kehidupan saya, saya pernah berhijab dalam dua ke tiga kali sahaja dan kemudian saya buka balik tudung. Jadi, macam kalau saya nak pakai tudung saya akan pakai sampai bila-bila dan tidak mahu membukanya lagi.

Doa agar terbuka hati untuk bertudung semula

Dalam pada masa yang sama, Ameera turut memohon doa daripada orang ramai agar dirinya terbuka hati untuk memakai semula tudung satu hari nanti.

 Insya-Allah satu hari nanti saya akan memakai hijab dan tidak akan ada sebarang fikiran tentang saya belum bersedia untuk bertudung. I can’t say that.

Bahkan, adik Neelofa itu turut mendoakan kaum wanita yang sedang berusaha mengenakan hijab dipermudahkan urusan mereka.

Ameera Khan buka tudung
3 years ago

"Susah Nak Istiqomah" - Muat Naik Gambar 'Freehair', Ameera Khan Dah Tak Berhijab?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...