Fattah Amin sebelum ini ada membuat pengakuan beliau menukar penerbangan ke Koh Samui kerana tidak mahu terserempak dengan Neelofa yang berada dalam pesawat yang sama. Buat Neelofa pula, beliau berpendapat Fattah tidak perlu berbuat begitu kerana beliau tidak pernah sama sekali akan menimbulkan sebarang drama dan boleh menganggap tiada apa yang pernah berlaku antara mereka.
Kalau saya di tempat dia, saya tidak akan tukar penerbangan dan buat seperti tiada apa-apa. Saya sesekali tidak menyangka menaiki pesawat yang sama ke lokasi yang sama dengan pelakon itu. Ya, saya ada berselisih dua kali dengannya ketika mahu check-in dan sekali lagi di boarding area. Jadi bila ada dakwaan kononnya kata saya melarikan diri, itu yang saya pelik. Bila pula saya lari? Saya tak buat apa-apa salah dan hanya mahu bercuti merehatkan minda, itu saja
Tidak timbul soal sengaja timbulkan babak atau sebarang drama atau apa, semuanya di luar jangkaan dan saya hanya teruskan perjalanan seperti biasa. Mungkin ini satu daripada ujian Allah untuk saya dalam bentuk menjaga hubungan sillaturahim.
Pada masa yang sama, Neelofa meluahkan rasa terkilan kerana ada beberapa pihak cuba untuk mencetuskan spekulasi sehingga isu ini menjadi besar dan mendakwa kejadian itu sengaja ditimbulkan.
Terdahulu, timbul sedikit kekecohan dikalangan peminat Lofattah dan Fattzura apabila Fattah, Fazura serta Neelofa bercuti di tempat yang sama.