Seorang personaliti media sosial yang juga merupakan seorang peguam bernama Tun Laila Tun Rafaee ini telah berkongsi satu pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang dirinya menjadi seorang peguam dan pempengaruh.
Katanya di buat sesi podcast ‘Borak Kerja’, dia pernah ditawar sebanyak 8,000 USD (RM37,248.00) oleh sebuah syarikat judi untuk mempromosikan syarikat berkenaan kepada pengikutnya di media sosial.
Satu syarikat judi ini menawarkan saya sebanyak 8K usd untuk promosikan mengenai sindiket judi online melalui media sosial.
Kalau saya desperate dan bukan seorang peguam ketika itu mungkin saya akan terima tapi, Alhamdulillah saya tak terima tawaran itu sebab saya ada prinsip.
@yegacademy #career #education #yeg #yourcareerandeducationplatform #career #pendidikan #kerjaya #belajarteruskerja #diploma #podcastyeg #borakkerjaya ♬ original sound – YEG | Belajar Terus Kerja
Menurutnya ketika ditawarkan jumlah sebanyak itu yang jika ditukar kepada duit Ringgit Malaysia akan mencecah puluhan ribu, dirinya mungkin akan terjebak sekiranya ketika itu Tun Laila ini tiada punca pendapatan yang mencukupi.
Namun dikeranakan masih ada pegangan sebagai seorang muslim dan peguam, dia telah menolak tawaran itu serta merta. Penonton yang melihat video tersebut juga ramai yang memuji tindakan mulia pempengaruh ini yang berprinsip dan bertanggungjawab.
Selain itu, kami konsgikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.