“Kalau Roti Cakap Roti, Donut Bukan Macam Ni..” – Individu Kesal Peniaga Tergamak Jual Donut Palsu, Rupanya Roti Burger ‘Ditebuk’ Tengah

Kehidupan

“Kalau Roti Cakap Roti, Donut Bukan Macam Ni..” – Individu Kesal Peniaga Tergamak Jual Donut Palsu, Rupanya Roti Burger ‘Ditebuk’ Tengah

Seorang individu meluahkan rasa kesal apabila kehadirannya ke sebuah ekspo di Pantai Irama Bachok dicemari dengan sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Menurut individu itu, dia telah membeli makanan ringan berupa donut namun ternyata ia ‘palsu’ dan bukan donut sebenar.

Advertisement

Rupa-rupanya, manisan yang disangka donut itu adalah roti burger yang ditebuk tengah sebelum dicelup dengan perasa coklat.

Donut roti burgerSumber : Facebook  

Pergi ekspo kat Pantai Irama Bachok malam ni. Tengok donut bukan main lagi warna warni menarik. Beli la sebiji perisa strawbery, sekali anak gigit roti burger! Yes roti burger celup coklat!

Individu itu kemudian kembali ke gerai penjual tersebut untuk kepastian namun menerima jawapan yang mengecewakan.

Patah balik g gerai dia nak confirmation kot la dia cakap “eh kito jugal roti celup coklat bukan donut..” haa ok lagi walaupun memang rupa sebiji macam donut tebuk tengah.

Ujarnya lagi, dia berasa kecewa dengan sikap peniaga yang tidak jujur dan beranggapan tidak berkat jika mencari rezeki dengan cara seperti itu.

Netizen juga tampil memberikan komen berbaur kecaman terhadap peniaga tersebut.

“Janji ada lubang kat tengah, donut la tu, ahh parokk” komen seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bersenam
2 months ago

"Bertudung Tapi Pakai Ketat, Ramai Tak Solat" - Individu Kritik Orang Bersenam Tapi Abai Hukum Agama, Netizen Anggap Menyibuk?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...