“Bertudung Tapi Pakai Ketat, Ramai Tak Solat” – Individu Kritik Orang Bersenam Tapi Abai Hukum Agama, Netizen Anggap Menyibuk?

Kehidupan

“Bertudung Tapi Pakai Ketat, Ramai Tak Solat” – Individu Kritik Orang Bersenam Tapi Abai Hukum Agama, Netizen Anggap Menyibuk?

Satu perkongsian di media sosial menjadi tular gara-gara seorang individu tampil mengecam orang ramai yang bersenam namun gagal menjaga aurat masing-masing.

Dalam video tersebut, individu itu dilihat menilai dan bersikap ‘judgemental’ terhadap orang ramai yang tidak memelihara hukum agama Islam semata-mata untuk menjaga kesihatan diri.

Advertisement

Hari ini ramai orang nak sihat, tapi sebenarnya sihat itu datang daripada Allah SWT, tak salah nak jaga kesihatan, tapi hari ini ramai umat Islam tak jaga aurat.

Walaupun mereka bertudung tapi pakaian mereka ketat-ketat, Allahuakbar. Dan sebenarnya ramai yang tidak solat.

Perkongsian yang dimuat naik di TikTok itu kemudiannya dikongsi kembali ke aplikasi X dan menerima pelbagai respon dalam kalangan netizen.

Kata warga maya, individu itu tidak sepatutnya menghukum orang lain tanpa usul periksa.

Kepada yang merakam, tak perlu kau sibuk-sibuk nak buat kerja Tuhan menilai orang sana sini. Buang masa. Sebab kerja kau mengabdikan diri hanya pada Allah.

Ini contoh orang yang menyibuk. Berlakon sempurna, tapi suka kacau orang lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Facebook
2 months ago

"Untuk Yang 'Terabai' Sahaja..." - Kewujudan Group 'Sewa Isteri Orang' Miliki Puluhan Ribu Pengikut?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...