Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kalau Rasa Terbeban, Jangan Malu Untuk Minta Bantuan..” – Erra Fazira

Erra Fazira

Selebriti versatil, Erra Fazira mengingatkan orang ramai agar sentiasa bertanya khabar dengan rakan-rakan serta ahli keluarga yang mungkin sedang dirundung kesedihan ketika ini.

Advertisement

Menerusi hantaran dalam Instagram, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek berkata, ketika ini era pandemik ini, ramai yang sedang diuji dengan pelbagai cabaran serta dugaan termasuk isu kesejahteraan mental.

Cukup dengan soalan ringkas, adakah awak okey dan itu amat bermakna kepada kawan-kawan kita yang mungkin sedang sedih atau sunyi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Dalam perkongsian sama, Erra yang terkenal dengan jolokan Primadona Filem Melayu Alaf Baru itu turut berkata untuk tidak malu meminta bantuan jika memerlukannya.

Advertisement

Beliau turut berkongsikan pautan informasi lanjut berhubung kesihatan mental dan minda yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan.

Erra Fazira dan anaknya

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis bersetuju dengan apa yang dikatakan pelantun lagu Yang Terindah Hanyalah Sementara itu.

Awal September, Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan sebanyak 638 kes bunuh diri dilaporkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat Julai lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top