Abang Nara baru sahaja lepas “stalk” gambar-gambar yang dikongsikan oleh Lana Nordin di Instagramnya. Fuh ~~~~~~~ Memang meletup. Baik punya!!! Kalau tak kahwin lagi mesti Abang Nara terus pergi mengorat Lana Nordin. Lebih-lebih lagi bila melihat gambar Lana Nordin ketika menghadiri Shout Awards, memang seksi!!!
Oleh kerana gambar-gambar seumpama ini, banyak komen berunsur kritikan, teguran dan hinaan yang diterima oleh Lana Nordin. Malah ada komen yang berbaur unsur lucah. Bagi Abang Nara, logik juga perkara tersebut berlaku. Tengok gambar pun seksi. Jadi komen yang dikeluarkan oleh peminat Lana pun mestilah “seksi” jugak kan?
Namun Lana Nordin baru-baru telah menyekat hampir 10,000 peminatnya di Instagram kerana komen mereka yang melampau. Kata Lana:-
Saya sekat 10,000 peminat di laman Instagram kerana mereka selalu memberikan komen yang seperti sengaja nak mengaibkan saya. Saya dah penat bila nampak komen-komen negatif yang dilemparkan. Ada yang bagi komen dengan kata-kata lucah. Saya tak mahu lah instagram saya sewenang-wenangnya jadi medan golongan ini untuk mengutuk dan mengaibkan saya. Niat saya hanyalah berkongsi aktiviti saya dengan peminat. Bila saya privasikan akaun saya, mereka kata saya sombong. Tapi bila saya kongsi, mereka kutuk saya macam-macam.
Menerangkan kelantangannya yang mengamuk di Instagram baru-baru ini, Lana berkata:-
Tentang saya bersikap lantang pada peminat di Instagram tu, sebenarnya saya tak kisah pun orang nak komen. Nama pun laman sosial, jadi kita kenalah tahu macam mana nak bersosial. Kalau nak tegur tu boleh tapi janganlah sampai mengaibkan. Mak dan ayah saya pun kalau nak tegur salah saya, mereka akan panggil saya seorang dan bukan tegur saya depan adik – beradik saya.
Lagipun masa tu banyak komen yang lucah-lucah. Dan kalau saya diamkan tentu ianya berlarutan. Kalau tak suka, jangan lah follow saya. Kalau mereka rasa berdosa tengok gambar-gambar saya, jadi jangan lah tengok. Tutup mata. Tapi bila dah tengok, diam. Tak payah nak komen yang pelik-pelik.
Saya tak suka nak marah, marah. Cuma saya tak boleh terima kalau orang itu kurang ajar. Saya rasa dalam hal ini, bukan saya seorang saja artis yang yang bersuara lantang. Artis pun ada perasaan dan air muka, walaupun orang kata penampilan saya moden tapi kalau nak tegur tu, agak-agaklah. Jangan sampai memalukan orang
Agak misteri juga macam mana peminat yang tidak mengenali Lana Nordin di dunia nyata ingin membuat teguran secara berdepan. Mungkin Instagram perlu wujudkan “direct message” seperti Twitter. Apa pun kalau nak menegur, mungkin guna ayat baik atau ayat sarkastik lebih baik dan berkesan. Kalau tegur “direct” mungkin hanya membangkitkan kemarahan orang. Tak gitu? Lagi beberapa gambar Lana Nordin di Shout Awards dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
P.S: Masalah berat badan? Masalah kulit? Rambut gugur? Mencari suppliment kesihatan terbaik? De’ countour adalah jawapannya. De’ contour mengandungi marine kolagen yang mampu mengatasi masalah kesihatan anda dan pada masa yang sama bertindak sebagai suppliment kesihatan. Ramai yang telah mencuba dan berpuashati dengan hasilnya Tak percaya? Cubalah sendirilah, dapatkan segera di www.azaleadenaturale.com