“Kalau Perlukan Apa-Apa Bantuan, Saya Akan Usahakan” – Ali Puteh Akui Dah Lama Tak Jumpa Hamzah

Hiburan

“Kalau Perlukan Apa-Apa Bantuan, Saya Akan Usahakan” – Ali Puteh Akui Dah Lama Tak Jumpa Hamzah

Pelawak, Ali Puteh akui sudah lama tidak berjumpa dengan anak arwah abangnya, Allahyarham Abam iaitu Syed Uthman Hamzah selepas kali terakhir bertemu pada Februari lalu.

Yakin anak buah dalam keadaan baik

Namun begitu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu memanjangkan isu itu.

Advertisement

Dalam pada itu, pelawak itu yakin bahawa anak saudaranya berada dalam keadaan sihat di bawah jagaan Hidayah.

Perkara itu saya serahkan kepada Allah SWT. Saya ada anak-anak yang perlu dijaga. Yang penting, saya tahu dia sihat dan membesar dengan baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Ali (@aliputeh_official)

Sedia hulurkan bantuan jika perlu

Sewaktu ditanya mengenai pengalamannya bertemu dengan Hamzah, Ali memaklumkan sosok tubuhnya anak kecil itu iras seperti arwah bapanya sewaktu masih kecil.

Ketika kali terakhir saya berjumpa dengan Hamzah, saiz badannya memang hampir sama dengan arwah Abam sewaktu dia kecil. Muka juga memang sangat seiras.

Ali turut berkata dia sedia menghulurkan bantuan buat Hamzah jika diperlukan pertolongannya.

5 months ago

Ali Puteh & Isteri Titip Pesanan Buat 3 Anak, Ingatkan Supaya Sentiasa Berkasih Sayang - “Jangan Pecah Belah Kerana Harta & Dunia...”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...