Nama pelakon Sophia AlBarakbah menjadi bualan hangat sejak beberapa hari yang lepas gara-gara kontroversi membabitkan dirinya dan Aliff Aziz.
Ia gara-gara pendedahan Bella Astillah tentang pengakuan pelakon berusia 29 tahun itu menyukai suaminya tanpa sengaja selepas bergandingan dalam sebuah drama bertajuk Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Aliff Aziz menerusi temu bual memaklumkan dia tidak akan berlakon lagi dengan Sophia demi menghormati permintaan isterinya.
Rakan artis turut mengkritik perbuatan Sophia itu yang dikatakan tidak profesional sehingga mengganggu rumah tangga orang lain.
Bagaimanapun, pelakon Azhar Sulaiman sebaliknya menyatakan dia tidak keberatan untuk berlakon dengan Sophia jika tiada pelakon lelaki yang sudah berkahwin mahu bergandingan dengannya lagi.
Mami (Azhar) tak keberatan langsung & berani sebab isteri saya, Chempaka percayakan Sophia.”
Azhar turut berseloroh bahawa dia akan mendapat lebih tawaran berlakon selepas ini jika benar situasi tersebut berlaku di masa akan datang.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kata-kata Azhar itu, malah sesetengah individu berkata Sophia tidak berminat dengan lelaki lebih berusia sepertinya.
Mami rendah. Dia suka lelaki yang tinggi dan ganteng macam Aliff Aziz tu.”