Sebelum ini, tular di laman Instagram mengenai sebuah hantaran video yang dimuat naik oleh selebriti media sosial, Sharifah Rose memaparkan rakaman belakang tabir bersama pelakon, Nabil Aqil.
Menerusi video tersebut, Rose dan Nabil dilihat melakonkan babak pernikahan di dalam drama Ku Punya Hati dimana mereka bersentuhan untuk menyarung cincin.
Susulan itu, pelakon berusia 24 tahun tahun itu mengakui masih tahu batas dalam lakonan dan bersetuju babak yang memerlukan bersentuhan merupakan isu sensitif terutama untuk pelakon wanita bertudung.
Tapi kalau macam babak saya pengsan dan pelakon lelaki perlu angkat atau tolong saya, itu saya tak dapat elak.
Namun, Rose menganggap perkara itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon untuk melaksanakan tugasan yang diberi.
Itu adalah tanggungjawab seorang pelakon. Bukan nak cakap saya tak kisah, tapi saya masih tahu batas.
Dalam pada itu, Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira berkata dia masih dalam proses memperbaiki diri menjadi pelakon yang lebih baik.
Saya tidak akan menegakkan benang yang basah, yang salah tetap salah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.