Sebelum ini, kecoh di rata-rata media sosial apabila anak perempuan kepada pelakon terkenal Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona didakwa mempunyai ‘skandal‘ dengan suami orang.
Menerusi hantaran di laman Twitter, Kasih Iris Leona atau lebih dikenali sebagai Leona mendedahkan tangkap layar komen daripada seorang wanita bernama Nor Azira Othman yang menuduh dia menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya.
Namun, selepas gagal memberikan bukti yang kukuh apabila dihubungi sendiri oleh Azhar, pelakon itu memuat naik hantaran di laman Instagram miliknya dan memberi amaran kepada wanita itu bahawa dia enggan lagi memanjangkan isu ini.
my dad contacted her and this is her proof ???? pic.twitter.com/XXLiDF9OJt
— leona (@kasihirisleona) August 14, 2022
Salam Nor Azira Othman… Saya tak mahu memanjangkan perkara ini dengan awak pasal Leona.
Malah, dia turut menitipkan doa buat wanita yang telah melemparkan tuduhan kepada anaknya itu agar sentiasa dibawah lindungan Allah SWT dan memberi nasihat kepadanya.
Carilah seorang kawan baru yang mahir pasal Media Soc ni… Dengan saya you terselamat sebab saya masih memikirkan kesihatan mental you…
Menurut Azhar, jika wanita itu melakukan perkara sama kepada orang lain, pasti dia sudah dikenakan tindakan undang-undang.
Kalau orang lain, pasti mereka akan saman you.. Take care.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.