Seorang individu sanggup mengupah perempuan terutamanya yang bergelar pelajar untuk melihatnya melempiaskan nafsu dengan cara beronani.
Menerusi satu tangkap layar mesej itu, individu dipercayai lelaki cuba mengumpan pelajar perempuan yang memerlukan wang dengan menawarkan bayaran sehingga RM500.
Pada dasarnya ‘iklan’ itu nampak seperti kerja sambilan yang hanya dilakukan melalui atas talian namun sebenarnya ia adalah perbuatan tidak senonoh.
Lebih menjijikkan lagi, individu itu malah menawarkan ‘pakej’ khas bagi perempuan yang enggan muka mereka dilihat atau ditayangkan.
Katanya, perempuan yang diupah ini hanya perlu tonton lelaki beronani atau jika malu mereka hanya perlu dedahkan wajah rakan yang sedang separuh bogel.
Tengok je I lanc*p dalam 5 minit camtu. Takyah baut pape I bagi dalam 500 600. Muka takyah takpe.”
mana mana girls please carefullll!!! ambil kesempatan je dekat students yg nak cari duit ni. odo betul ?
p/s: not sure gmbr and nama yg dia pakai betul atau tipu. takut fitnahh pic.twitter.com/ftDzWXShP7
— SK ? (@whitebttrflyyy) June 4, 2023
Tidak pasti jika nama dan gambar yang digunakan individu tersebut adalah dirinya sebenar kerana mungkin juga ia adalah fitnah semata-mata.
Namun, menerusi hantaran di Twitter kaum Hawa dinasihati dan berwaspada dengan lelaki yang mengambil kesempatan terhadap pelajar yang perlukan duit lebih.