“Kalau Lelaki Boleh Guna Ke?”- Pemuda Kongsi Tips ‘Check In’ Hotel Buat Kaum Wanita, Komen Lelaki Pula Yang Menarik Perhatian

Kehidupan

“Kalau Lelaki Boleh Guna Ke?”- Pemuda Kongsi Tips  ‘Check In’ Hotel Buat Kaum Wanita, Komen Lelaki Pula Yang Menarik Perhatian

Jika anda pergi bercuti bersama keluarga atau teman-teman pastinya akan menginap di hotel untuk bermalam dan sebagainya.

Kaum wanita terutamanya pasti akan lebih cakna dan mengambil berat soal keselamatan ketika menginap di mana-mana hotel atau rumah tumpangan.

Advertisement

Baru-baru ini tular di media sosial TikTok apabila seorang pemuda telah berkongsi beberapa panduan untuk ‘check – in’ hotel khususnya kepada kaum wanita.

Antara tips yang dikongsikan pemuda itu adalah seperti cara memeriksa kewujudan ‘spy cam’ yang mungkin dipasang oleh pemilik hotel atau rumah tumpangan yang tidak bertanggungjawab.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila kaum lelaki pula yang terlebih prihatin dan ingin tahu mengenai tips-tips yang diberikan selain bertanya sama ada boleh atau tidak mereka mengaplikasi panduan yang sama ketika bercuti nanti.

 

Komen TIkTokSumber : TikTok  

Komen TikTokSumber : TikTok  

 

Selain itu, ada juga netizen yang berkongsikan panduan mereka yang tersendiri seperti mengaktifkan aplikasi Bluetooth telefon bimbit bagi mengesan kamera tersembunyi di bilik hotel.

Bagus juga ada tips macam ni, harap korang boleh guna sebagai langkah berjaga-jaga ketika menginap di mana-mana hotel atau rumah tumpangan nanti!

Bank problem
3 years ago

"Kepada Siapa Yang Guna C***.."- Gadis Pesan Pada Netizen Jangan 'Withdraw' Atau 'Transfer' Duit Sebab..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...