“Kepada Siapa Yang Guna C***..”- Gadis Pesan Pada Netizen Jangan ‘Withdraw’ Atau ‘Transfer’ Duit Sebab..

Kehidupan

“Kepada Siapa Yang Guna C***..”- Gadis Pesan Pada Netizen Jangan ‘Withdraw’ Atau ‘Transfer’ Duit Sebab..

Kecoh seketika di media sosial apabila beberapa pelanggan bank di Malaysia mendakwa baki wang simpanan mereka menjadi negatif atau ‘lesap’ sepenuhnya.

Malah, ianya menjadi lebih sukar apabila mereka tidak dapat membuat transaksi serta wang simpanan gagal dikeluarkan menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Advertisement

Menjengah ke ruangan Twitter, beberapa pengguna media sosial ada berkongsi tangkap layar perbankan dalam talian yang menunjukkan penyata akaun yang mengalami masalah.

 

Duit dalam bank tak boleh ‘transfer’, nak keluarkan pun disekat, kami bukan kaya, nak makan guna duit mana, duit di tangan dah habis, teruk punya bank. – netizen

Menurut perkongsian Jabatan Netizen Malaysia di laman Twitter, terdapat pengguna beranggapan bahawa masalah tersebut timbul susulan kes Genting Hong Kong yang kini menghadapi masalah kewangan.

Terdahulu, terdapat laporan menyatakan bahawa beberapa bank tempatan dijangka menerima kesan besar kerana mereka adalah pemiutang tidak bercagar utama Genting Hong Kong dengan jumlah pinjaman berjumlah RM2.51 billion.

TwitterSumber : Twitter 

Selain itu, ada pengguna meluahkan rasa kecewa apabila pihak bank tersebut gagal dihubungi bagi mendapatkan penerangan mengenai masalah yang timbul.

“Kenapa tiba-tiba baki dalam akaun jadi negatif, mana duit simpanan pergi, hubungan pihak bank sampai nak patah jari tidak diangkat.” ujarnya lagi.

bukit kayu hitam
2 years ago

(VIDEO) Penduduk Cemas, Kejadian Puting Beliung Di Bukit Kayu Hitam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...