“Kalau Layan Pening Kepala..” – Akim Ahmad Rimas Selalu Dapat Mesej Daripada Perempuan Miang, Siap Ajak Buat ‘Bukan-Bukan’

Hiburan

“Kalau Layan Pening Kepala..” – Akim Ahmad Rimas Selalu Dapat Mesej Daripada Perempuan Miang, Siap Ajak Buat ‘Bukan-Bukan’

Penyanyi terkenal, Akim Ahmad mengakui dia berasa rimas apabila kerap menerima mesej berbaur gatal dan nakal daripada perempuan miang yang ingin menggodanya.

Ujar suami kepada penyanyi Stacy Anam ini, bukan sahaja mesej ‘nakal’, tetapi dia juga menerima undangan daripada perempuan miang untuk melakukan benda yang bukan-bukan selain mesej lucah.

Advertisement

Rimas diganggu wanita miang

Tambah Akim, statusnya sebagai suami orang dan juga bapa membuatkan dia lebih berhati-hati dan memilih untuk mengabaikan sahaja ‘godaan’ yang diterimanya di media sosial.

Sebenarnya banyak dapat mesej nakal. Bila sudah berumah tangga ni, kita sendiri tahu apa kita nak. Jaga diri, kesihatan dan kehidupan supaya tidak ada masalah.

Kalau kena ganggu ni, kita jangan beratkan pemikiran kita. Kalau layan pening kepala, nak jaga diri, baik jangan layan.

Ada yang minta gambar peribadi, mesej lucah

Kongsinya, ada yang tergamak meminta gambar peribadi namun Akim tidak berminat untuk melayan atau membalas perbuatan mereka yang berniat jahat terhadap dirinya.

Malah, Akim mendedahkan isteri, penyanyi Stacy mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas media sosial masing-masing.

Dia juga meluahkan rasa hairan dengan kemahuan wanita-wanita miang ini terhadap dirinya apatah lagi di saat dia sudah makin berusia dan sudahpun berkahwin.

Sekadar info, Akim telah mendirikan rumah tangga bersama Stacy atau nama muslimnya Ummu Shaikhah Stacy pada tahun 2016 dan mempunyai seorang anak kandung, Eshaal dan seorang anak angkat iaitu Bella De Luna Valentina.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Mawar karim berkahwin
11 months ago

Mawar Karim Didakwa Sudah Berkahwin Dengan Orang Kenamaan, Ini Respon Fizo Omar..

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...