Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kalau Kerja Kerajaan, Mesti Dah Dapat Amaran” – Gagal Hidup Berdikari, Bapa Dah ‘Tarbiah’ Aiman Tino

aiman tino

Baru-baru ini, timbul dakwaan kurang enak yang mengatakan bahawa Aiman Tino sudah mula membelakangkan keluarga dan karier seni selepas berkenalan dengan seorang wanita bernama ‘Fewa’.

BACA: “Umum Kalau Dah Tak Nak Jadi Artis” – Ibu Aiman Tino Dedah Anak Dikongkong Seorang Wanita?

Advertisement

Pun begitu, penyanyi lelaki itu telah tampil dan membuat penjelasan bahawa salah faham itu berpunca daripada kealpaan dirinya yang sering mengabaikan panggilan telefon dan mesej yang diterimanya.

BACA: “Khilaf Saya Sendiri” – Ibu Dakwa Dah Berubah, Aiman Tino Akui Lambat Balas Mesej Punca Salah Faham

Terbaru, bapa kepada Aiman, Yusri Ishak memberikan kenyataan dan meluahkan harapan agar anak lelakinya itu tidak melepaskan tanggungjawab sebagai seorang dewasa tambahan pula apabila ia melibatkan soal kerjayanya.

ibu bapa aiman tino

Terus pulang ke rumah keluarga selepas berita tersebut tular di serata platform media, Yusri mengkhabarkan telah menitipkan nasihat dan ‘tarbiah’ untuk menyedarkan penyanyi itu.

Advertisement

Antara pesanan yang ditinggalkan ialah supaya mengingati bahawa bidang seni ialah kerjayanya dan perlu bertanggungjawab apabila ada yang menghubunginya mahupun meninggalkan pesanan mesej.

Malah bapanya turut membawanya berbincang di dalam kereta bagi mengelakkan dia berasa malu apabila ditegur di hadapan adik-beradiknya yang lain.

“Saya peringatkan semula kepada Aiman akan tanggungjawabnya sebagai seorang artis dan kesan tindak-tanduknya jika lalai. Selagi Aiman masih ada orang cari bermakna dia perlu bersyukur, jangan sebaliknya bila sudah tiada barulah nak terminta-minta job.”

Bukan itu sahaja, Yusri menceritakan bahawa dia turut menitipkan nasihat sebelum anaknya naik ke pentas di mana dia perlu menjaga disiplin diri termasuklah menjaga hubungan dengan para wartawan dan klien.

“Kalau kerja kerajaan mungkin dia dah kena surat amaran.”

aiman tino

Disebabkan tidak mahu menyusahkan ibu bapanya berulang alik daripada Kuala Kubu Bharu ke Kuala Lumpur, Aiman meminta untuk hidup berdikari. Namun dengan kejadian ini, ianya ternyata gagal meyakinkan kedua orang tuanya.

“Untuk hidup berdikari tiada halangan tapi kena pandai bawa dan jaga diri. Tetapi nampaknya dia gagal, makin lama semakin teruk dan disebabkan ini Aiman perlu disedarkan semula siapa diri dia.”

Ibu bapa bukan saja-saja beri nasihat, ada sebabnya. Betul tak?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Kiah

    February 11, 2021 at 2:39 am

    Sedarkan isteri pak cik jugak kenapa nak post di media sosial?? Perangai pompuan sket2 nk upload luah perasaan kt sosial media?? Canang hal rumah tangga anak beranak cucu piot.. Bg peluang mcm kiah neyh buat dosa membawang udoh kenapa??

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama