Sebelum ini, pempengaruh dan juga anak kepada hos TV terkenal Aziz Desa, Zhiddin Aziz terpalit dengan kontroversi membabitkan Anugerah Perdana Belia Negara 2023 Peringkat Kebangsaan namun sudah menemui titik penyelesaian apabila dia sudah pun bertemu dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli pada petang Rabu lalu.
Namun, nama Zhiddin sekali lagi meniti di bibir netizen apabila dia didakwa menciplak karya seorang jurulatih pidato yang dikenali sebagai Khairul Asfan.
Khairul menerusi satu video TikTok mendakwa Zhiddin telah menggunakan karya yang dihasilkan sewaktu menjadi jurulatih bagi pemidato Malaysia sekitar tahun 2011 yang lalu.
Sewaktu saya menjadi jurulatih Malaysia pada tahun 2011, teks ini adalah karangan saya bersama dengan saudara Amirrudin yang merupakan juara dunia pada ketika itu.
Berikutan itu, Zhiddin kemudian tampil memohon maaf dengan panjang lebar di ruangan komen video yang dimuat naik Khairul dengan alasan, dia hanyalah berniat untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam karyanya selain tidak mengetahui siapakah empunya karya tersebut.
Namun, permohonan maaf Zhiddin itu tidak dapat diterima baik sesetengah netizen kerana beranggapan bahawa lelaki itu patut memberikan kredit dan penghargaan kepada Khairul atas karya hebat tersebut.
Bukan isu nak kredit ye. Isunya kita hargai dan iktiraf karya asal. Jangan samakan dengan P.Ramlee. orang tau reference tu, teks pidato lain.
Ada juga netizen yang beranggapan bahawa Khairul harus berbangga apabila karya tersebut dialunkan kembali kerana dapat menaikkan kembali martabat bahasa Melayu di mata masyarakat.
Pada saya, Zhiddin silap tak kredit sahaja, tapi alunan Zhiddin bawak sangat menarik, berdamai la, karya 2011 diangkat semula pada tahun 2023. Sedap dan menarik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.