“Sebening Jiwa Saya Tidak Berniat Ingin Membalik Adab..” – Balas Emel Rasmi Tak Ikut Tata Cara Penulisan, Zhiddin Aziz Undang Kecaman

Hiburan

“Sebening Jiwa Saya Tidak Berniat Ingin Membalik Adab..” – Balas Emel Rasmi Tak Ikut Tata Cara Penulisan, Zhiddin Aziz Undang Kecaman

Ekoran isu personaliti media sosial, Zhiddin Aziz bersama penganjur majlis Anugerah Perdana Belia Negara (APBN), timbul lagi sebuah desas-desus yang mengatakan Zhiddin tidak mematuhi tata cara penulisan emel kepada sekretariat APBN.

Dikatakan, ketika membalas emel yang meminta Zhiddin menyertakan gambar dirinya untuk majlis berkenaan, personaliti media sosial ini gagal untuk menulis emel tersebut dengan profesional dan tertib.

Advertisement

Saya memohon maaf kepada pihak berkaitan atas kedangkalan tata saya ketika menghantar emel maklumat diperlukan.

Sebening jiwa saya tidak berniat ingin membalik adab, saya terlepas pandang.

@ohbulanofficial Replying to @Farnellope Mas Zhiddin Zhiddan tampil memohon maaf selepas dikritik mengenai cara penulisannya untuk urusan rasmi #ohbulan #sembangentertainment #zhiddinaziz #mohonmaaf ♬ original sound – OHBULAN!

Tidak lama selepas artikel yang mempersoalkan sikap Zhiddin itu tular, individu ini pun meminta maaf secara terbuka di ruangan komen hantaran video dari sumber tersebut. Katanya, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk berbuat demikian.

Bukan itu sahaja, dia turut memberitahu bahawa terjadinya perkara itu kerana emel berkenaan dihantar dengan kadar segara yang mengakibatkan kesilapan protokol semasa menulis.

Terdahulu, video anak kepada arwah Aziz Desa ini sempat tular kerana dirinya berasa kecewa apabila kemenangan anugerah bagi kategori Ikon Belia dinafikan.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tt
7 months ago

"Rosakkan Lagu Elok Dengan Perangai Hodoh" - Ikuti 'Trend Nirmala' Di Tiktok, Uqasha Dan Kamal Adli Dilabel Tak Sensitif

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...