“Kalau Jadi Dengan Zul, Jadilah..” – Penerbit Gayatri Enggan Ulas Hubungan Dengan Zul Ariffin, Terima Jika Ada Jodoh

Hiburan

“Kalau Jadi Dengan Zul, Jadilah..” – Penerbit Gayatri Enggan Ulas Hubungan Dengan Zul Ariffin, Terima Jika Ada Jodoh

Setelah digosipkan mempunyai hubungan bersama aktor popular, Zul Ariffin, penerbit Gayatri Su-Lin enggan mengulas lanjut berkaitan hubungan mereka sebaliknya membiarkan hal tersebut menjadi persoalan orang ramai.

Tak tergesa-gesa untuk kahwin

Menurut Gayatri atau dipanggil Gaya ini, dia tidak terburu-buru untuk menamatkan zaman bujang dan menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.

Advertisement

Penerbit ini juga enggan menjawab spekulasi bersama Zul dan berkata dia terbuka hati menerima jodoh yang ditentukan meskipun jejaka itu bukan pelakon tersebut.

Saya tidak akan jawab spekulasi hubungan dengan Zul. Saya pun sudah 49 tahun, kalau saya tergesa-gesa mahu berkahwin dari dulu lagi saya sudah buat.

 

Kalau jadi bersama Zul, jadilah. Jika dengan orang lain pun okey. Sekarang jodoh di tangan Tuhan.

Setiap tahun muat naik gambar

Bukan itu sahaja, ditanya soal gambar rayanya bersama Zul, Gaya menjawab hal itu sudah menjadi rutin setiap tahun ketika menyambut Syawal.

Gaya turut berkata ibu kepada Zul amat rapat dengannya dan menjadi tempat mengadu selepas pemergian bapanya.

Saya rasa dari dulu setiap kali raya, saya akan muat naik beraya di rumah Ariffin (ayah Zul Ariffin).

 

Sebenarnya saya dengan mak Zul memang sangat rapat dan saya sangat sayangkan dia. Mak saya strok dan selepas itu bapa saya pula meninggal dunia.

Terdahulu pada 1 Syawal lalu, Gayatri telah menjadi tumpuan rakyat Malaysia apabila tular gambarnya beraya di rumah Zul Ariffin dan digosipkan telah kembali menjalin hubungan cita dengan pelakon itu.

zul
2 weeks ago

"Dia Dah Macam Keluarga.." - Sambut Hari Raya Bersama Bekas Teman Wanita, Zul Ariffin Perjelas Hubungan Dengan Gayatri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...