“Dia Dah Macam Keluarga..” – Sambut Hari Raya Bersama Bekas Teman Wanita, Zul Ariffin Perjelas Hubungan Dengan Gayatri

Hiburan

“Dia Dah Macam Keluarga..” – Sambut Hari Raya Bersama Bekas Teman Wanita, Zul Ariffin Perjelas Hubungan Dengan Gayatri

Sejak dikhabarkan akan menamatkan zaman bujangnya, aktor popular Zul Ariffin meraih perhatian ramai orang lagi-lagi ketika terlihat menyambut hari raya bersama seorang penerbit, Gayatri Su-Lin Pillai baru-baru ini.

Arwah ibu yang rapat

Menurut Zul, kehadiran penerbit itu bukan sesuatu yang jangkal memandangkan ia sudah menjadi rutin setiap tahun ketika Syawal menjelma untuk Gayatri berkunjung ke rumahnya.

Advertisement

Lagi pula, pelakon ini menjelaskan ibunya iaitu Allahyarhamah Robiah Nasir mempunyai hubungan yang akrab dengan Gayatri dan sudah menganggapnya seperti anak sendiri.

Gayatri akan beraya bersama keluarga saya pada setiap tahun.

 

Dia juga dah macam keluarga dan daripada dulu lagi arwah mak saya sayang sangat dekat dia, dah anggap dia macam anak sendiri.

 

Dan kalau korang perasan, setiap tahun akan ada gambar raya saya bersama Gayatri cuma gambar yang terbaharu ini tak ada abang saya saja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Kongsi tarikh perkahwinan

Pada masa yang sama, Zul turut memberitahu dia akan memaklumkan tarik pernikahannya bila tiba waktu dan sudah bersedia. Justeru itu, Zul meminta orang ramai untuk mendoakan agar segala urusannya dipermudah.

Topik mengenai hari bersejarah (perkahwinan) saya daripada lima tahun lepas lagi ramai orang kata dah semakin hampir tapi tak hampir-hampir lagi pun.

 

Saya tak pernah kahwin lagi jadi bila saya nak kahwin nanti sudah pasti saya akan uar-uarkan.

 

Setiap tahun juga saya cuba untuk melangsungkan perkahwinan tetapi tak jadi-jadi. Tolong doakan saya ya.

Untuk info, Zul Ariffin dikatakan pernah menjalinkan hubungan istimewa bersama Gayatri sejak tahun 2012 namun hubungan tersebut tidak dapat bertahan lama apabila mereka dikhabarkan putus tiga tahun kemudian.

Zul ariffin
4 weeks ago

“Sudah Sampai Waktu..” - Zul Ariffin Bakal Tamatkan Zaman Bujang Hujung Tahun Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...