Kalau Itu Pun Tak Boleh Terima, Mereka Yang Rugi Bukan Saya – Ogy

Hiburan

Kalau Itu Pun Tak Boleh Terima, Mereka Yang Rugi Bukan Saya – Ogy

Kritikan Ogy terhadap kumpulan Bocik nampaknya menimbulkan rasa kurang senang hati sesetengah pihak. Seperti yang kita tahu, Abam ada mengeluarkan kenyataan agar kritikan yang dilakukan tidak menjatuhkan maruahnya. Pembaca BeautifulNara juga berbelah bahagi. Ada yang menyokong Ogy, ada yang menyokong Abam. Masing-masing mempunyai pendapat sendiri. Abang Nara secara jujur menyebelahi Ogy kerana kritikan tersebut jujur dan untuk kebaikan kumpulan Bocik.

ogy ahmad dau

Advertisement

Enggan ambil pusing dengan kata-kata Abam, Ogy tidak melenting apabila membaca kritikan yang ditujukan kepadanya. Bagi Ogy, segala apa kritikan yang dikeluarkan adalah untuk kebaikan para peserta Qu Puteh Bintang Mencari Bintang. Kalau tak nak terima kritikan, bukan dirinya yang rugi. Kata Ogy:-

Saya tidak marah atau perlu melatah dengan tindakan mereka cuma kalau macam itulah sikap mereka, memang susahlah hendak maju pada masa akan datang. Soalnya bukan saya tegur mereka dengan ayat-ayat negatif atau memalukan mereka. Semua kritikan saya berlandaskan mutu persembahan mereka semata-mata.

Peminat mengundi mereka tapi mereka tidak bertanggungjawab terhadap kandungan jenaka mereka. Kalau itu pun tidak boleh terima, mereka yang rugi bukan saya. Saya langsung tidak menyentuh aspek lain apatah lagi memperlekehkan mereka melainkan menegur idea dan konsep mereka yang tidak habis-habis menggunakan fizikal Abam untuk buat penonton ketawa dengan cara mudah.

Teguran itu sepatutnya diterima untuk kebaikan mereka sebab sudah banyak pihak termasuk kawan-kawan saya dalam dunia korporat yang pernah mengundang mereka buat persembahan merungut perkara yang sama. Apatah lagi kedua-dua mereka dipilih oleh saya dalam ujibakat Bintang Mencari Bintang sebelum ini. Jadi saya tahu mereka boleh buat lebih dan berpotensi besar.

Semua orang sudah tahu cara saya mengkritik tapi isinya seua berlandaskan fakta dan profesionalisme. Ia tidak menyentuh hal-hal peribadi. Yang membimbangkan saya jika mereka semakin leka dengan apa yang mereka sedang nikmati sekarang sehingga membuatkan mereka ambil mudah pada amanah dan tanggungjawab kerja itu. Sepatutnya hal ini tidak perlu menjadi isu langsung.

abam bocik

Ambik kau punyalah panjang lebar penerangan Ogy. Ada betulnya juga kata-kata Ogy ini. Selaku seorang senior dan lebih berpengalaman dalam industri seni, kata-kata sebegini haruslah diambil oleh pelawak-pelawak baru untuk dijadikan panduan. Secara jujur memang agak membosankan apabila lawak menggunakan modal yang sama. Sekali sekala cubalah cari idea baru. Tak gitu? Apa kata anda? Sumber Harian Metro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...