Jangan Kritik Sampai Jatuhkan Air Muka, Abam Balas Komen Ogy

Hiburan

Jangan Kritik Sampai Jatuhkan Air Muka, Abam Balas Komen Ogy

Abang Nara tak pernah tengok lagi program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang, Namun Abang Nara tahu salah seorang jurinya ialah Ogy. Bila Ogy menjadi juri, memang akan ada kritikan yang agak kontroversi. Walaupun kritikan tersebut ada benarnya, namun penyampaian Ogy yang agak ‘direct’ bagi orang Melayu, memang membuatkan yang menerima komen tersebut terasa hati.

abam boceyMinggu lalu, kumpulan Bocik yang dianggotai oleh Fad dan Abam-telah dikritik habis-habisan oleh Ogy. Sebenarnya bila dengar komen Ogy, memang betul pun apa yang dikatakan olehnya. Sejak MLM2014 lagi, saiz badan Abam telah digunakan sebagai bahan lawak. Terfikir juga tak ada modal lain ke nak buat kelakar. Berikut ialah komen Ogy:-

Advertisement

Kenapa daripada dulu sampai sekarang ye, kumpulan Bocik ni hanya menggunakan Abam sebagai bahan, mesti fizikal tubuh Abam.

Bagi kakak kalau sentuh pasal lawak skopnya luas, kamu kata kamu orang tua tapi di mana watak orang tua nya? Bahasa tubuh orang tua? intonasi org tua di mana?

Itu maksud kakak. Tapi kalau awak menang pun kerana undian lah..kerana ramai peminat awak yang akan mengundi awak bukan kerana persembahan. Terima kasih.

abam bocey
Mungkin Abam sedih dengan kritikan ini sehingga telah membalasnya menerusi laman sosial. Bagi Abam, kritik boleh tetapi janganlah sampai menjatuhkan air muka. Hmmmm. Tulis Abam:-
abam bocey
Kadang-kadang Abang Nara kesian juga kat Ogy. Walaupun kritikan yang diberi adalah tepat, pasti ada pihak yang tak berpuas hati. Mungkin orang kita masih tidak dapat menerima kritikan yang membina sebegini. Mungkin mereka hanya mahukan puji-pujian walaupun persembahan ke laut. Entahlah. Apa pendapat anda? Sumber OhBulan.abam bocey

P.S: Kelab Sukan Rekreasi Petronas (KSRP) dengan kerjasama Darwisyh et Darwisyah akan mengadakan Charity Bazaar untuk menghargai golongan Orang Kurang Upaya (OKU) pada 27 – 29 Mei ini. Banyak vendor yang menawarkan pelbagai barangan menarik turut sama akan memeriahkan bazaar ini. Nama-nama besar seperti Saiful Nang, Caliph Buskers dan Ali XPDC pun turut sama akan turun padang. Ini adalah kali ketiga KSRP menganjurkan bazaar sebegini. Jom ramai-ramai kita meriahkan aktiviti amal ini di Twin Towers Fitness Center, KLCC bermula jam 9 pagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...