June 20th, 2018

Jujurnya, Abang Nara tidak mengenali siapa As’ad Motawh ini. Jadi agak terkejut juga apabila dia mengumumkan akan berhenti menyanyi sekiranya Haqiem Rusli berhenti menyanyi. Seperti yang kita semua sedia maklum, Haqiem Rusli bakal memaklumkan tentang karier nyanyiannya pada bulan Julai ini selepas mengalami depresi yang teruk sejak menceburi bidang ini. Tup-tup tak ada ribut tak ada hujan, si As’ad Motawh ini nak mengikuti keputusan Haqiem Rusli jugak.

as'ad motawh

Ini kata-kata yang ditulis oleh As’ad Motawh di akaun Twitternya:-

as'ad motawh

Apa yang kelakarnya ialah apabila para netizen yang membalas pengumuman dari As’ad Motawh ini menyatakan sokongan mereka agar dia berhenti daripada menjadi penyanyi. Ada yang mengkritik suara tak sedap, perasan hensem dan sebagainya. Kelakar juga membaca komen para netizen.

as'ad motawh
as'ad motawh
as'ad motawh

Namun As’ad menegaskan yang keputusan itu hanya akan diambil sekiranya Haqiem Rusli berhenti menyanyi. Malah As’ad juga menegaskan yang dia mahu para peminatnya menghargi ‘seni’ yang dihasilkan, bukan hanya rupa kacaknya.

as'ad motawh

Abang Nara perasan budak-budak muda yang menceburi bidang nyanyian sekarang ini cepat betul mengalah. Langsung tiada ketabahan. Bakat memang dah ada. Lagu-lagu yang dihasilkan juga boleh tahan sedap. Mungkin anda kena belajar daripada para senior cara-cara untuk bertahan lama di dalam industri ini. Janganlah hanya satu dua cabaran, terus nak give up. Tak macho lah camtue. Tak gitu?


38 responses to “Kalau Haqiem Rusli Berhenti Menyanyi, Saya Pun Akan Berhenti – As’ad Motawh”

  1. Anonymous says:

    Masa nynyi suara ikti kat indon tu patutnya dah berhenti terus dari menyanyi.malu siott.balik rumah selubong dlm bilik malu beb..

  2. BAWANGAN says:

    TAHNIAH..
    KEPUTUSAN YANG TEPAT SEKALI ASAD

  3. Anonymous says:

    Laaaa….berenti sj la dik ooiii..buat semak industry jer. Ni la masalah bila terlalu ramai budak2 baru nk up ni muncul. Semua lembik je…sikit2 nk cari publisiti.

  4. spongebob says:

    aku penah jumpa face to face budak ni…..gigi jarang kot…dpn tgh2….
    mcm spongebob nye gigi…..”saye dh sedie, saye dh sedie” (ayat semangat spongebob)
    “saye dh sedie nk benti” hahahah

  5. wawa says:

    errr…mcm mana nak sebut nama budak ni?

Loading...