Written by AbangNara | June 19th, 2018

Kemurungan atau depresi adalah satu masalah yang amat berat sekali. Ramai yang menganggap ia satu benda mudah dan membiarkan ia menghantui sehingga menjadi beban yang tidak dapat dipikul. Mereka yang mengalami kemurungan ini jarang menyedari kewujudan masalah tersebut. Nasib baiklah penyanyi muda yang semakin meningkat naik iaitu Haqiem Rusli tidak leka dan mengetahui bahawa dirinya mengalami depresi sejak awal tahun lalu. Orang kata, biar lambat asal selamat. Sekurang-kurangnya dah tahu dan kini sudah mula mengambil langkah untuk mengatasinya.
haqiem rusli
Namun begitu, buat para peminat Haqiem Rusli, pastinya anda berdebar-debar kerana status kerjayanya sebagai seorang penyanyi akan diumumkan pada awal bulan Julai ini. Haqiem Rusli memaklumkan yang ada kemungkinan dia akan berhenti sepenuhnya daripada dunia nyanyian. Pastinya jika keputusan ini diambil, ia adalah satu kerugian besar. Lagu-lagu nyanyian dan ciptaan Haqiem Rusli semuanya hebat-hebat, catchy dan menarik. Malah ada yang menggelar Haqiem Rusly sebagai Justin Bieber Malaysia. Hebat kan?
haqiem rusli
Tulis Haqiem Rusli di Instagramnya:-

Pengumuman penting kepada semua,dah lama saya tunggu saat ini,dalam keadaan sekarang serta waktu yang tepat.Saya ingin memberi tahu tentang posisi saya dalam industri muzik,BERHENTI atau TIDAK, pada AWAL BULAN JULY saya akan memberi jawapan sepenuhnya. Banyak perkara yg berlaku apabila saya di dalam industri muzik,mereka yg bercakap senang,tapi saya yang rasa sakit dan perit,pada 24 jun saya akan hadirkan diri show di IPOH,mungkin ia akan menjadi show terakhir saya sebagai seorang penyanyi,mungkin.

Tapi apa2 boleh berlaku,Kepada qiemilio jangan marah saya,sila faham keadaan saya dan anda pun tahu saya memiliki depression ni dari awal tahun dahulu dan ia terus berlaku sampai ke hari ini,bukan depress je,macam2 lagi.Keluarga serta FMC sudah memberi saya rehat dan berfikir hingga habis bulan June. tunggu saya Haqiem Rusli pada awal bulan JULY.Keputusan akan diberitahu.

haqiem rusli

Semoga sepanjang bulan Syawal ini, Haqiem Rusli dapat berehat dan berfikir sebaik-baiknya tentang keputusan yang bakal dilakukan. Berhenti menyanyi bukanlah satu perkara mudah, namun jika dengan itu dapat menghilangkan masalah kemurungan yang dialaminya, ia adalah satu keputusan yang wajar. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat penyanyi ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

18 responses to Haqiem Rusli Alami Kemurungan, Bakal Umum Status Sebagai Penyanyi Awal Julai Ini

  1. Anonymous says:

    Berhenti jelah menyanyi…menyemakkan industri je bila cuba glamourkan diri dgn kontroversi tak berfaedah gini. Cuba dekatkan diri dgn Allah. Hanya org yg jauh dari Allah je yg akan kemurungan

    9

    12
    • Anonymous says:

      busuk hati bahasa tu… org yg keje sebagai ustaz pun ade yg alami kemurungan… bersangka baik mungkin depresi lebih lagi mengadap umat2 mulut tempayan mcm kau..

      17

      1
    • Anonymous says:

      stigma org2 mcm ko ni lah yg buat kemurungan tu nampak mcm dah terpesong sgt dr laluan Allah. ko sure xtau kan 3 taun lepas ade bilal yg gantung diri kat pokok tepi masjid disebabkan kemurungan yg melampau? sbb org2 mcm ko ni ego yg tau main wechat fb dgn insta aje, x peduli pasal hal ehwal masyarakat. aku harap bile ko berdepan dgn ujian yg setanding dgn kemurungan ni baru ko tau cmne erti susahnye hidup. gudluck bai

      16

      0
    • Dkun says:

      HAHAHA… Alimnya kau. Semak betul!!! Sbb ad manusia mcm kau sbg rakyat Malaysia laa negara jd xmaju sampai harini… Mana empati kau kepada hamba Allah yg lain??!!! Kalau boleh komen menggunakan ilmu. Kau ni ilmu cetek tahu tak. Ak nk tgk selama mana ketenangan hati Allah bg kat kau. Kalau kau dh jd kacau jap lg jgn lupa tinggal komen eh.

      0

      0
    • Anonymous says:

      Ni satu lg hamba Allah yg acah2 alim mcm ustaz syed hamidi tue…

      1

      0
    • Setuju.. Lagu2 zaman sekarang bukan best pun..

      0

      0
  2. elle says:

    good to know that u can manage ur depression well adik, better pulihkan diri dulu n seek proper advice from specialist and take proper medication sbb kalau cegah dari awal insyaAllah adik boleh baik n heal mcm sedia kala. i dunno what makes u feel that way mungkin dr background family or sejarah dgn kawan2 or whatsoever, tapi better adik take time untuk pulih sbb masyarakat kite mmg suke pandang serong org2 yg alami depression ni. all the best adik, semoga cepat pulih and pls come back menyanyi cuz u’re a good singer yg baru nak up.

    18

    1
  3. BERHENTI MENYANYI lagi elok

    6

    2
  4. Anonymous says:

    Depression juga merupakan satu penyakit. Yang mengalami saja yg mengerti. Tak perlu dihukum, doakan saja yg baik baik, semoga cepat sembuh.

    5

    0
  5. haha says:

    hahaha,zaman depresi ke ni?dulu-dulu takde pun,kau tak kuat la dik

    2

    2
    • Anonymous says:

      Dulu ada ja. Cuma org kita tak terdedah. Ada kwn aku siap kena makan ubat late 90’s until early 2000. Ko jgn sebarang2 cakap

      5

      0
  6. Diva says:

    Pelik budak lagi kau dah kemurungan. Kalau nak mencipta kontroversi sebab dah agak2 nak sendu, berhenti je lah dik kau menyanyi. As a muslim kau ada tuhan and agama tapi kau nak bermurung durjana bagai dah kenapa?! Orang2 yang backing pasal depression ni tak yah nak comment banyak sangat,

    1

    3
    • Anonymous says:

      bodoh jugak ko ni, kalau sakit tu boleh pilih umur aku rase takde yg tua or muda nak sakit. bende ni berkait dgn emosi, budak2 even baby pon da ade emosi. xtau lah ko tu hati n kepala batu sebab tu ego x prihatin tentang keadaan sekeliling. nah aku harap ade lah nanti keturunan ko yg kena depression ni baru ko tau cmne diva ke x diva.

      3

      0
  7. Hayun says:

    Hurm..mmg dia ni ada health problem kot..boleh tgok lagu dia pun.smuanya sedih2..

    1

    0
  8. lily says:

    tak sangka dia mengalami depression. pernah terserempak dgn haqiem ni dkt sunway dgn kawan dia. mmg nampak dia x berapa ceria..

    take your time to heal yourself. mental health tu lebih penting dari kejar fame and duit.

    pada netizen yang tak paham apa itu depression, stop la cakap benda2 buruk dkt dia ni. you all tak faham org sakit depressi ni mcm mana..

    0

    0
  9. Slash says:

    Ooooo haqiem rusli oiiii…Jauhi maksiat, jgn mnum arak.. Dekatkan diri dengan Allah dan baca Al-quran selalu.. Tak semua tau khidupan sosial ko..
    Sekarang masanya utk berubah yg lbh baik.. In Syaa Allah, dekatkn dri dgn Allah hilanglah sgla kmurungan..

    0

    0
  10. rosey says:

    . haqiem is a good singer,,he just want to be a singer ,that’s all, …nmpk sgt spirit die..dr kecil da sertai prgram nyanyi..well we can see dia sgt serius dlm bidang ni….everybody should support him..klu x suka jgn la mghina ,atau sibuk komen buli smpi nk menjatuhkan org lain..esk lusa mati dlm keadaan aib/tragis pn blm tau lgi..kta manusia kena saling membangun ..baru la dunia sihat n aman..

    0

    0

Leave a Comment

Optional