“Kalau Hang Ada Telo, Jumpa Cap” – Isteri Didakwa Jadi Sasaran ‘Sihir’, Caprice Minta Pelaku Bersemuka Selesai Masalah

Hiburan

“Kalau Hang Ada Telo, Jumpa Cap” – Isteri Didakwa Jadi Sasaran ‘Sihir’, Caprice Minta Pelaku Bersemuka Selesai Masalah

Penyanyi Caprice menerusi satu hantaran di Instagram menggesa sesiapa yang telah meletakkan barang seperti ritual sihir di kereta isteri, Farra Inalis untuk bersemuka dengannya bagi menyelesaikan masalah.

Ujar Caprice, dia tidak pernah mendedahkan lokasi kediaman dan kawasan rumahnya sangat privasi selain dikawal dengan ketat oleh pengawal keselamatan.

Advertisement

Saya tak tahu ini siapa dan bagaimana dia tahu kami tinggal di mana. Tempat ini sangat-sangat privasi dan kami tak pernah dedahkan kami tinggal di mana.

Bagaimanapun, seseorang letak sesuatu di kereta isteri saya. Saya percaya isteri saya jadi sasaran. Ini tak kelakar dan tak lawak dah. Ini sudah tahap menganggu keselamatan keluarga saya.

Dalam hantaran video tersebut, terpapar satu pelitup muka yang diikat dengan kain putih seperti tisu dan ia difahamkan diletakkan di atas bonet kereta Farra.

Penyanyi dan isterinya dilaporkan telah membuat laporan di Balai Polis Mont Kiara bagi siasatan selanjutnya.

Terdahulu, kecoh seketika di media sosial mengenai satu ‘podcast’ yang menampilkan Caprice, Farra, pensohor media sosial Abang Tesla dan isteri pertamanya yang mengupas mengenai isu poligami yang ‘viral’ sejak minggu lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nad Zainal Ungku Ismail
8 months ago

"Saya Dah Bijak, Dia Kena Lagi Bijak Daripada Saya" - Nad Zainal Beri Sebab Kenapa Boleh Terpikat Dengan Ungku Ismail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...