“Saya Dah Bijak, Dia Kena Lagi Bijak Daripada Saya” – Nad Zainal Beri Sebab Kenapa Boleh Terpikat Dengan Ungku Ismail

Hiburan

“Saya Dah Bijak, Dia Kena Lagi Bijak Daripada Saya” – Nad Zainal Beri Sebab Kenapa Boleh Terpikat Dengan Ungku Ismail

Pelakon Nad Zainal yang kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata ketiga ada berkongsi kriteria suami, pelakon Ungku Ismail yang membuatkan dia jatuh hati dan memilihnya untuk dijadikan suami.

Kata Nad, sebelum ini dia mengimpikan seorang lelaki yang lebih bijak daripadanya untuk mengemudi bahtera perkahwinan.

Advertisement

Saya suka individu yang bijak, pandai bawa diri, seorang lelaki pandai agama dan menjaga solat, dia kena bijak, serba serbi bijak. Kalau nak dibandingkan saya yang bijak ini, dia kena lebih bijak.

Saya dah bijak dah, dia kena lagi bijak daripada saya. Untuk jumpa lelaki yang lebih daripada saya, susah. Untuk hormat seseorang itu, menjadi ketua keluarga itu,susah nak dapat.

Ujarnya lagi, dia suka akan lelaki yang dominan kerana dirinya adalah seorang wanita tradisional dan memilih untuk tidak mengambil alih tugas lelaki sebagai suami.

Selain itu, sikap Ungku Ismail yang selalu mengutamakan kedua orang tuanya dan penyayang juga antara sebab Nad Zainal terpaut dengan suaminya.

Tapi, nak cakap terlalu awal pun, memang terlalu awal sebab belum setahun lagi.

Ada banyak benda lagi tak kenal. Selain itu, kita sekepala dan kita suka makan dan berjalan. Carilah lelaki yang bijak, yang boleh melentur anda terutama awak ni jenis yang degil.

Sekadar info, Nad Zainal pernah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq pada 2015 sebelum bercerai pada September 2022.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahmi dan Budi Kalsom.

Nad kemudian bernikah dengan Ungku pada 23 Januari lalu dan kini sedang menantikan cahaya mata sulung mereka pada Oktober ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

isteri pertama rahim
8 months ago

(VIDEO) "Dua Minggu Saya Tak Keluar Bilik" - Isteri Pertama Rahim Sepahtu Kongsi Pengalaman Hidup Bermadu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...