“Kalau Diberi Peluang Untuk Berdepan, Saya Akan Cakap…” – Awie Bagi Komen ‘Padu’ Untuk Aliff Syukri

Hiburan

“Kalau Diberi Peluang Untuk Berdepan, Saya Akan Cakap…” – Awie Bagi Komen ‘Padu’ Untuk Aliff Syukri

Berikutan muzik video lagu rayanya, Kelepok Raya dikecam teruk, Datuk Seri Aliff Syukri dilaporkan telah dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) selepas ramai membuat aduan tentang konsep video tersebut yang mencetuskan kontroversi.

Malah, ramai menganggap usahawan kaya raya itu hanya merosakkan industri hiburan tanah air.

Advertisement

Bukan netizen saja, golongan selebriti sendiri juga turut memberi teguran dan komen kepadanya kerana isu ini.

Terbaru, Awie juga dikatakan turut memberikan komen ‘padu’ apabila ditanya tentang Aliff Syukri dan muzik videonya itu.

Penyanyi lagu Iris itu berpendapat adalah lebih baik jika Aliff menggunakan wang yang dimilikinya itu untuk memberi dana kepada industri dan membantu penyanyi berbakat yang ada.

Kalau boleh tak payah buat langsung sebab dia bukan penyanyi pun. Kalau nak buat bagi orang profesional yang buat… kamu keluar duit sudah sebab banyak duit.”

Kata Awie lagi, jika dia diberi peluang untuk bertentang mata dan bercakap berdepan dengan Aliff Syukri dia hanya akan meminta,

Please, stop! Duit itu kamu laburkan supaya industri tak tenggelam dek benda yang tidak bermoral.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mcmc skmm kelepok raya annuar musa
2 years ago

MV 'Kelepok Raya' Terima Banyak Aduan, SKMM Minta Aliff Syukri Hadir Untuk Siasatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...