“Kalau Dia Nak Teruskan Fitnah, Tanggunglah Dosa. Saya Tak Main Sentimen Itu” – Fattah Amin

Hiburan

“Kalau Dia Nak Teruskan Fitnah, Tanggunglah Dosa. Saya Tak Main Sentimen Itu” – Fattah Amin

Pelakon Fattah Amin membalas tuduhan yang dilemparkan oleh bekas isterinya, Fazura mengenai dirinya curang, culas membayar nafkah dan beberapa punca yang lain.

Menurut Fattah sewaktu ditemubual, dia tertanya-tanya motif sebenar aktres tersebut melemparkan dakwaan sedemikian, sedangkan dirinya mengambil keputusan untuk mengunci mulut dari berkata lebih.

Advertisement

Kalau dia nak teruskan fitnah, tanggunglah dosa. Sebagaimana yang orang tengok, di sosial media pun saya mendiamkan diri. Saya tak rasa perkara seperti ini dikongsikan, dimainkan pihak media.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

Tambahannya lagi, ini merupakan hal perkahwinan dan sepatutnya kemelut dalaman hanya perlu diselesaikan sesama sendiri antara suami dan isteri, orang luar tidak perlu tahu.

Pelakon Pendekar Awang itu turut berkata dia tidak akan menggunakan sentimen seperti dibuat oleh Fazura dan berharap aktres terbabit membuat perkara sama.

Saya tak main sentimen itu (tuduhan). Saya harap pihak di sana juga tidak memainkan benda seperti itu.

fattah amin
3 months ago

"Ada Perjanjian Sama-Sama Jaga Aib, Dia Rasa Tak Cukup Untuk Dia Kot" - Fattah Nafi Tak Beri Nafkah, Terkejut Dengar Kenyataan Fazura

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...