“Ada Perjanjian Sama-Sama Jaga Aib, Dia Rasa Tak Cukup Untuk Dia Kot” – Fattah Nafi Tak Beri Nafkah, Terkejut Dengar Kenyataan Fazura

Hiburan

“Ada Perjanjian Sama-Sama Jaga Aib, Dia Rasa Tak Cukup Untuk Dia Kot” – Fattah Nafi Tak Beri Nafkah, Terkejut Dengar Kenyataan Fazura

Sedia maklum, masjid yang dibina selama tujuh tahun berakhir dengan jalan berpisah, pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin disahkan bercerai talak satu, hari ini.

Ada perjanjian jaga aib masing-masing

Di luar mahkamah, Fazura memaklumkan punca mereka bercerai susulan Fattah tidak memberi nafkah buat dirinya serta anak mereka, Fatima untuk waktu yang agak lama serta memberi sebab-sebab lain yang kebanyakannya didakwa salah aktor itu.

Advertisement

Tampil kehadapan, Fattah Amin menafikan serta terkejut dakwaan yang dilemparkan oleh bekas isterinya, bahkan m.emaklumkan sudah membuat perjanjian mahu menjaga aib masing-masing selepas melafazkan cerai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

Itu semua tak betulkan, sedangkan kita ada perjanjian bersama sepatutnya kita masing-masing menjaga aib, jaga nama baik. Saya agak terkejut dengar kenyataan macam tu.

Nafi tak bagi nafkah

Menjawab mengenai dakwaan tidak memberi nafkah kepada Fazura dan Fatimah untuk waktu yang lama, Fattah menegaskan dia mempunyai bukti transaksi duit yang dimiliki diberikan kepada keluarganya.

Saya ada bukti bank statement, mungkin dia rasa tak cukup untuk dia lah kot. Tapi jangan cakap macam tu, sebab nafkah semua tahu benda yang very basic.

Dalam pada masa yang sama, Fattah berharap pihak Fazura tidak mengungkit perkara yang tidak sepatutnya.

Fazura fattah cerai
2 months ago

7 Tahun Bersama Sebagai Suami Isteri, Fattah Amin & Nur Fazura Bercerai Talak Satu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...