Bagaikan tiada yang peduli mahu mencari jalan penyelesaian, setiap tahun Malaysia mengalami masalah yang sama. Hujan berterusan menyebabkan banjir besar di banyak kawasan di Semenanjung.
Lebih memburukkan lagi keadaan apabila Malaysia kni menghitung hari untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan berlangsung pada Sabtu ini.
Malangnya, seperti yang sudah ramai jangka beberapa kawasan dilaporkan sudah dinaiki air selepas hujan lebat turun berterusan.
Penduduk Kampung Chemperai, Dengkil meluahkan rasa kecewa apabila mereka pernah berdepan kejadian banjir sebanyak 12 kali dalam tempoh 11 tahun akibat ban yang pecah.
Salah seorang penduduk, Shamsul Bahrin menceritakan air mula naiak secara mendadak pada Khamis kira-kira jam 7 pagi menyebabkan kawasan rumah tenggelam.
Hujan berterusan malam tadi dan air mula naik pukul 2 pagi tapi hanya paras kaki, namun pada pukul 7 pagi, air naik dengan mendadak.”
Lebih menyedihkan, Shamsul akui dia dan keluarga terpaksa menggunakan barangan pakai buang kerana tahu banjir bakal melanda lagi, saban tahun.
Jelasnya, banjir kali ini mungkin mempengaruhi jumlah penduduk yang turun mengundi di kawasan itu gara-gara air sudah memasuki rumah dan menenggelamkan kawasan sekitar.
Kalau dah banjir, macam mana nak mengundi?”
Untuk rekod, pada PRU kali ini lebih 21 juta rakyat Malaysia dilaporkan layak membuat mengundi termasuklah mereka yang berusia 18 tahun dan pertama kali dibenarkan turut serta.
Pusat Operasi Smart Selangor melaporkan sebanyak 73 kawasan terjejas akibat banjir membabitkan enam daerah dan Klang tersenarai sebagai kawasan paling teruk dilanda banjir ketika ini.
Setakat jam 11 pagi hari ini, antara daerah lain yang terjejas adalah Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang dan Petaling.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.