Susulan kontroversi hos Gegar Vaganza (GV) All Star Nabil Ahmad yang didakwa melakukan gurauan melampau terhadap Mamat Exist, penyanyi itu tampil memberi peringatan dan nasihat buat personaliti TV itu.
Memetik Harian Metro, Mamat memaklumkan bahawa dia sudah membaca penjelasan Nabil berhubung perkara itu dan memahami ia hanyalah gurauan yang bermaksud baik namun tidak semua orang boleh menerimanya.
Ujar Mamat lagi, lawak seperti itu bergantung kepada pemahaman masing-masing dan dia juga enggan memperbesarkan perkara seperti itu.
View this post on Instagram
Ia bergantung pada pemahaman masing-masing. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi, saya malas nak besar-besarkan perkara ini. Cuma, kalau boleh dia (Nabil) kena lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kata-katad
Saya ingatkan kenapa dia kena berhati-hati sebab program ini (ASGV) pun bukan biasa-biasa. Ia antara program yang ‘grand’ terbitan Astro. Jadi, percakapan ‘lepas’ untuk bergurau yang dibuat itu boleh jadi ‘viral’.
Tambah Mamat, dia masih lagi terpalit dengan cerita dan isu mengenai penampilannya sekarang dan apabila muncul perkara seperti ini, ramai yang akan tertarik untuk membuat spekulasi sendiri.
“Apatah lagi, saya pula sebelum ini sudah berhadapan dengan beberapa cerita ‘viral’ mengenai penampilan diri yang diperkatakan, jadi apabila timbul gurauan Nabil ini, lagilah menarik perhatian ramai terutama netizen,” katanya kepada Harian Metro.