“Kalau Boleh Mudahkan Untuk Berdakwah Dan Bergerak, Kenapa Tolak Vaksin?” – Nabil Ahmad

Hiburan

“Kalau Boleh Mudahkan Untuk Berdakwah Dan Bergerak, Kenapa Tolak Vaksin?” – Nabil Ahmad

Pengacara dan pelawak, Nabila Ahmad berkata bahawa vaksin itu ‘duduk’ dalam ikhtiar apabila ditanyakan oleh pihak Harian Metro tentang sesetengah pihak yang menolak dari menerima vaksin dengan menggunakan agama sebagai alasan.

BACA: “Respect 779 Cikgu Tolak Vaksin, Tak ‘Bodoh’ Macam Netizen” – Suhaimi Saad

Advertisement

Menurut Nabil ketika dihubungi oleh pihak Harian Metro, sebelum ini dia ada merujuk kepada beberapa ustaz yang mengajarnya dan bertanyakan tentang pengambilan vaksin COVID-19.

Saya ambil sebab ustaz-ustaz saya yang belajar agama dari kecil sampai dah tua, semuanya ambil. Mereka ambil sebab itu adalah ikhtiar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Tambahnya lagi, jika dengan mengambil vaksin ini dapat memudahkan mereka untuk berdakwah dan bergerak, kenapa ianya perlu ditolak.

Dalam pada masa yang sama, pengacara MeleTOP itu turut berkata mengenai kesihatan dan kemudaratan, dia serahkan segalanya kepada Allah.

Nabil Ahmad dan isteri

Sedia maklum, pengacara yang cukup popular mengacarakan program TV itu kini dilihat melakukan penghijrahan untuk menjadi lebih baik dan perubahannya itu telah menyentuh hati ramai pihak.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...