Perkahwinan Neelofa sudah pasti ditunggu-tunggu oleh semua pihak terutamanya peminat si cantik manis ini. Ramai yang berdebar dan tertanya-tanya siapakah jejaka yang bakal berjaya mencuri hati Neelofa. Walaupun ada desas-desus percintaan dengan Fattah Amin sebelum ini, semua itu sudah berakhir dan sehingga ke saat ini, masih belum ada lelaki yang bertakhta di hati Neelofa.
Menariknya Neelofa mempunyai perancangan untuk menamatkan zaman gadisnya dalam tahun ini. Malah Neelofa turut berkongsi beberapa sikap yang diinginkan di dalam bakal suaminya. Kata Neelofa:-
Kalau boleh saya mahu kahwin pada tahun ini atau paling tidak pun setahun dua lagi. Saya tak mahu bercinta sangat yang penting dapat terus bernikah.
Lelaki yang saya mahukan sudah tentu lelaki yang baik. Maksud baik di sini adalah lelaki yang mempunyai empat sikap yang saya inginkan iaitu jujur, bertanggungjawab, menghargai dan hormat saya.
Iyalah kalau dapat yang jujur tapi tak hormat orang tak hargai diri you dan tak bertanggujawab tak guna juga. Jadi, si dia perlu ada semua karakter ini
Sesungguhnya keempat-empat ciri yang diinginkan oleh Neelofa itu memang dimiliki oleh Abang Nara. Sayangnya Abang Nara sudah pun berkahwin. Kalau tak pasti Abang Nara dah lama mengorat Neelofa. Hehehe. Tapi tak apa, Abang Nara bagi peluang kepada lelaki-lelaki di luar sana. Kalau korang rasa ada 4 sikap ini, bolehlah cuba masuk line. Selamat berusaha!!! Sumber Media Hiburan.