January 20th, 2017

Hari Selasa lepas, Fattah Amin dan Neelofa sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila pelakon lelaki itu muncul didalam program MeleTOP.

Apa yang membuat penonton cair ialah ketika Fattah menyanyikan single terbarunya, Wanita Terakhir dihadapan Neelofa. Ramai yang mempercayai rasa “cinta” antara mereka sebenarnya memang wujud.

Fattah juga sempat menyampaikan beberapa kata-kata romantis sebelum menyanyikan lagu berkenaan. Neelofa juga nampaknya tersipu malu sepanjang persembahan Fattah.

Malah, video persembahan Fattah yang dimuat naik ke YouTube MeleTOP sudah mendapat lebih 400,000 tontonan dalam masa dua hari.

Berikut video persembahan Fattah Amin :-

Ehem..memang macam ada sesuatu sahaja bukan mereka berdua? Kalau dah cinta dan sayang, tidak perlu malu-malu lagi. Peminat pun pasti mendoakan yang terbaik buat Fattah Amin dan Neelofa.

Sumber Berita : Astro Gempak

Sumber Video: YouTube MeleTOP


Comments are closed.

Loading...