“Kalau Betul Dia Mencuri, Saya Sanggup Bayar 6, 7 Ribu Untuk Anak Saya Hidup..” – Ibu Arwah Zulfarhan

Kehidupan

“Kalau Betul Dia Mencuri, Saya Sanggup Bayar 6, 7 Ribu Untuk Anak Saya Hidup..” – Ibu Arwah Zulfarhan

Walaupun sudah empat tahun berlalu, kes arwah Zulfarhan yang meninggal dunia akibat dibuli disebuah institusi pengajian awam masih segar di ingatan seluruh warga Malaysia.

Terbaharu, ibu bapa kepada arwah Zulfarhan telah membuat penampilan khas di sebuah rancangan bual bicara di stesyen Al-Hijrah yang berjudul Dengar.

Advertisement

Dalam sesi temu bual bertemakan Berdamai Dengan Takdir, pasangan tersebut tampil menceritakan kisah peribadi serta pandangan mereka mengenai penganiayaan terhadap arwah.

Sesi temubual itu telah tular di Twitter setelah seorang pengguna berkongsikan tangkap layar serta dialog yang diperkatakan oleh ibu Zulfarhan yang membuat ramai warganet berasa sebak.

Apabila Izuan Azir selaku hos sesi bual bicara tersebut bertanya pendapat pasangan itu tentang pembuli-pembuli berkata ‘sayang’ pada arwah, Puan Hawa selaku ibu kepada arwah menjawab mereka tidak akan melakukan anaknya seperti itu jika mereka menganggap arwah sebagai kawan baik.

Disambung lagi, Puan Hawa berkata sepatutnya mereka menghubunginya dahulu jika benar laptop itu dicuri.

Saya akan pastikan kalau laptop dia 6-7 ribu pun, saya sanggup bayar demi anak saya akan hidup sampai sekarang.

Meninjau di ruangan komen ciapan tersebut, rata-rata netizen turut berasa sebak dan ada juga yang memuji topik yang dibicarakan kerana lain dari lain.

Zulfarhan
3 years ago

Susulan Kes Kematian Zulfarhan, Enam Tertuduh Utama Terlepas Hukuman Gantung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...