Jelas sekali berita berkenaan agak memeranjatkan beberapa pihak kerana umum mengetahui pasangan ini sedang cuba untuk menyelesaikan masalah mereka berdua.
Berbicara mengenai berita tersebut yang sudah mendapat perhatian ramai, Kamal dalam kenyataan terbarunya berharap pihak media dan peminat tidak mudah percaya dengan sumber luar yang hanya mengeruhkan lagi keadaan.
Jelas Kamal, jika benar mereka sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan, Kamal sendiri akan memberitahu perkara itu kepada umum.
Kamal pada masa yang sama akui beliau sudah penat dengan gosip serta kontroversi yang melibatkan hubungan beliau dan Emma.
Jangan dengar cakap orang luar tentang hubungan saya dan Emma, selagi ia belum keluar dari mulut kami berdua bermakna hubungan kami belum lagi berakhir.
Saya sudah bertemu dengan Emma dan kami sedang berusaha memperbaiki hubungan ini.
Saya sudah penat nak layan berita begini, biarlah orang mahu cakap apa tentang hubungan kami. Saya nak berdiam sahaja dan kalau betul sudah putus saya akan beritahunya sendiri.
Berilah mereka ruang untuk memperbaiki hubungan mereka. Jika Kamal dan Emma ada jodoh pasti tidak kemana juga bukan? Biasalah dalam setiap hubungan bukannya setiap masa semuanya indah, kadang-kadang ada masalah yang timbul.