“Kalau Berjaya Mereka Hadiahkan RM20,000” – Anak-Anak ‘Sogok’ Duit Suruh Kak Ani Turun Berat Badan

Hiburan

“Kalau Berjaya Mereka Hadiahkan RM20,000” – Anak-Anak ‘Sogok’ Duit Suruh Kak Ani Turun Berat Badan

Bakal mengadakan Konsert Malai Solo di Istana Budaya pada Oktober depan, penyanyi Noraniza Idris berkongsi bahawa dia diminta oleh anak-anaknya untuk menjaga pemakanan.

Menerusi laporan GEMPAK, Noraniza mendedahkan anak-anaknya, Aliff Haiqal dan Alfeeq Haikal akan menghadiahkan wang bernilai RM20,000 sebagai pembakar semangat untuk menurunkan berat badan sebanyak 15 kilogram dalam masa dua bulan.

Advertisement

Mereka bagi tarikh, kata mereka dalam masa dua bulan perlu turun 15 kilogram. Kalau berjaya, mereka akan hadiahkan saya RM20,000.”

Tambahnya lagi, anak-anaknya turut menyediakan jadual pemakanan yang sihat bagi memastikan target tersebut dapat dicapai.

Bercerita lebih lanjut, Noraniza menerangkan dia bukanlah terlalu mengharapkan hadiah berkenaan, tetapi sebaliknya menjadikan ganjaran itu sebagai permulaan bagi rutin pemakanan yang lebih sihat.

Sebenarnya, saya bukanlah mahukan duit itu, cuma mereka janjikan ganjaran kerana kedegilan saya. Sepatutnya saya sudah mula rutin pemakanan sihat, tetapi saya langgar sahaja.”

Sekadar info, Konsert Malai Solo akan berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 21 hingga 23 Oktober serta merupakan konsert pertama dan terakhir Noraniza Idris.

Konsert tersebut bakal menyaksikan Noraniza Idris membawakan 24 buah lagu yang merangkumi rentak Irama Malaysia.

Tiket Noraniza Idris
3 bulan lalu

"Ada Orang Beli Ke?" - Tiket Konsert Noraniza Idris Didakwa Terlampau Mahal, Netizen Kata Produser 'Over Confident'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : GEMPAK

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...