“Kalau Aku Tak Maafkan, Kasihan Kena Cari Aku Di Padang Mahsyar” – Farra Inalis

Hiburan

“Kalau Aku Tak Maafkan, Kasihan Kena Cari Aku Di Padang Mahsyar” – Farra Inalis

Isteri penyanyi rap sensasi, Caprice iaitu Farra Inalis sering menerima kecaman daripada kalangan netizen.

Malah, baru-baru ini, Farra ada memuat naik tangkap layar komen negatif yang diterimanya dan sempat membalas komen tersebut.

Advertisement

Menurut Farra, diam bukan kerana takut atau salah tetapi kerana dia tiada dosa terhadap manusia dan hanya dosa dengan Allah SWT

Tapi anda semua yang asyik mengecam, kalau aku tak maafkan, kasihan nanti kena cari aku di Padang Mahsyar.

Terdahulu, Farra atau lebih mesra disapa sebagai Elis juga dituduh ‘berlakon’ ketika turun padang menolong mangsa banjir bersama suaminya.

Menurut Caprice, sejak mereka berkahwin, akaun TikTok milik Farra memang sering ‘diserang’ netizen.

Info tambahan, Caprice dan Farra telah selamat diijab kabul dan mempunyai seorang anak tunggal bernama Aleesya Sofea.

Farra Inalis
2021-12-25 14:04:43

Farra Inalis Geram Dituduh 'Berlakon' Ketika Bantu Mangsa Banjir Bersama Caprice

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo