Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kalau Ada Yang Patah Hati, Tolong Maafkan Saya..” – Remy Ishak

Remy Ishak

Pelakon Remy Ishak yang baru sahaja mendirikan rumah tangga nampaknya telah membuatkan para peminat meluahkan perasaan kecewa apabila ‘hero Malaya’ idaman mereka telah selamat bernikah pada hari Sabtu yang lalu.

Advertisement

Hari ini di laman Instagram Remy, pelakon itu khabarnya sempat menonton hasil ‘buah tangan’ peminat sebagai hadiah perkahwinannya termasuklah luahan hati mereka di laman sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)

Meskipun berasa geli hati, Remy walau bagaimanapun tampil memohon maaf jika ada peminat benar-benar kecewa dengan keputusannya untuk mengakhiri zaman bujak.

Sejak dua hari lepas banyak betul mesej kawan-kawan dan family yang forward video seperti ini. Saya tahu mereka semua adalah peminat dan penyokong yang bergurau untuk menceriakan hari saya. Tapi kalau ada yang patah hati tolong maafkan saya.

Advertisement

Dalam hantarannya itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu memuat naik video yang memaparkan seorang wanita sedang bersedih berlatar belakangkan lagu nyanyian Rossa berjudul Hati Yang Kau Sakiti.

Remy Ishak EzzaSumber : Google  

Namun begitu, kata Remy lagi, dia akan tetap meneruskan kerjayanya sebagai pelakon dan terus menghiburkan peminat-peminatnya meskipun sudah bergelar suami orang.

Terdahulu, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak,39, selamat bergelar suami kepada Ezza Yusof dengan sekali lafaz pada jam 1 petang bertempat di Masjid Negara di mana ia diadakan secara tertutup dan juga SOP ketat.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. tecit

    August 23, 2021 at 10:11 am

    ok i like the way he comment about this. die tau dorg cume bergurau dan die mintak maaf jgk andai ade yg betol2 serius patah hati. the right gentlement!

  2. kk

    August 23, 2021 at 9:38 am

    E shld have been the 1st choice, instead dia tgggguuuuu smpai xde sape2 calon lain yg lebih baik lg, xde yg lebih bersinar dari E, then only he thought, ok laa.. proceed with E laaa.. xde choice lain dh

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top