Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Remy Ishak, Ezza Yusof Selamat Bernikah

remy ishak dan ezza yusof bernikah

Betul kata orang, kalau jodoh pastinya tak akan ke mana. Sama seperti kisah cinta Remy Ishak dan usahawan wanita, Ezza Yusof, meskipun berpisah seketika namun akhirnya mereka bersatu jua.

Advertisement

Selepas mengumumkan berita pernikahan mereka beberapa hari lalu, pasangan itu sudah selamat diijabkabul pada pagi ini di sebuah Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh rakan Ezza Yusof menerusi laman Instagram miliknya.

remy ishak dan ezza yusof

Hanya dihadiri oleh kedua mempelai dan wali nikah, majlis itu berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikuatkuasakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Advertisement

Remy dan Ezza dinikahkan oleh wali kepada pengantin perempuan yang juga abang kandungnya Rozman Yusof. Ketika majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Bahkan Remy sendiri sempat menulis ciapan bahawa dia gementar untuk melalui sendiri upacara tersebut meskipun biasa melakukannya di dalam drama.

remy ishak

Apa pun, tahniah buat pasangan ini dan semoga perkahwinan ini membawa ke jannah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top