Setelah sekian lama menyepi dari dunia lakonan, pelawak, Amir Raja Lawak memaklumkan dia sudah bersedia untuk kembali menerima tawaran berlakon.
Amir atau nama penuhnya Mohammad Amirullah Azmi berkata, dia terbuka untuk menerima apa sahaja tawaran yang bersesuaian dengannya termasuklah watak sebagai orang kelainan upaya (OKU) atau mangsa dera dan buli.
Ada yang nak tawar job nanti boleh hubungi saya ya. Kalau ada watak sedih-sedih macam watak kena dera ke, watak cacat ke atau watak kena buli saya memang berminat nak buat.
Tahun lepas saya memang fokus meniaga sahaja, tawaran berlakon memang ada cuma saya tak ambil sebab tengok seronok berniaga.
Untuk tahun ini, saya akan mula ambil tawaran berlakon insya-Allah.
Perkara ini dikongsikan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Story miliknya.
Amir turut berkata, dia sangat bersyukur kerana diberikan peluang kembali berlakon namun dia tetap akan memberikan fokus penuh terhadap perniagaannya selepas tamat penggambaran berkenaan.