Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon Ekin ada meluahkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan caj harga melampau ketika menjamu selera di sebuah kedai makan makanan laut di Johor Bahru.
Dia yang bersama ahli keluarganya difahamkan singgah makan di restoran berkenaan dan memaklumkan hanya memesan dua ekor ikan dan beberapa menu makanan laut yang lain.
Al Kisah Ekin Mawi makan Seafood kat Tepian Tebrau, JB total bill jadi RM 1,260.
Tapi kene tahu jugak berapa orang makan ramai-ramai tu.
Nak baca resit tu pulak tak faham. Susah nak cakap harga tu actually berbaloi atau tidak.
Ada sesiapa pernah experience makan kat sini ke? pic.twitter.com/Tv8LHvS9IQ
— ?Arif E.? (@arfdy12) October 3, 2023
Ketika selesai, Ekin berasa terkejut setelah melihat resit harga yang baginya sangat tidak masuk akal dan melampau.
Siapa orang Johor Bahru kat sini, nak tanya sikit la memang harga dia camni ke? Korang pernah kena tak? Ni gerai no **, paling best resit dia baca 100 kali pun tak faham macam tulisan doktor.
Dalam video itu, Ekin menunjukkan resit yang tertera harga makanan berjumlah RM1,260.
Saya tiada niat nak post video kedai makan ni untuk menjatuhkan perniagaan orang. Cuma nak minta pendapat korang pernah ke makan dekat sini dengan harga sebegitu
Tapi rata-rata semua yang komen dah terkena. Jadi apa perlu kita buat untuk memperbetulkan keadaan. Supaya peniaga-peniaga ni semua jujur dan tulus agar orang lain tak terkena benda sama.
Katanya lagi, tidak semua kedai makanan di kawasan itu cekik darah tapi sebaliknya ia adalah kejadian pertama kali kerana tidak mempunyai pilihan pada ketika itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.