Kalah Artis! Cristiano Ronaldo Cipta Rekod, Kini Individu Paling Ramai ‘Followers’ Di Instagram

Trending

Kalah Artis! Cristiano Ronaldo Cipta Rekod, Kini Individu Paling Ramai ‘Followers’ Di Instagram

Nama Cristiano Ronaldo bukan sahaja tidak asing bagi peminat bole sepak tetapi juga serata dunia. Bintang Manchester United tidak sekadar memecah rekod dalam kerjayanya tetapi juga kini mempunyai rekod lain yang tidak berkenaan dengan bola sepak.

Pemain bola sepak Portugal itu kini adalah individu yang paling banyak pengikut di Instagram serta menjadi individu pertama dengan jumlah followers melangkaui 400 juta!

Advertisement

Menurut Hype Beast, Ronaldo pengikutnya di Instagram mencapai angka 400 juta itu hanya sehari selepas meraikan hari jadinya yang ke-37 bersama teman wanita, Georgina Rodriguez.

Sekali lagi, bapa kepada 4 orang anak dan sedang menunggu kelahiran cahaya mata kelima itu mencatatkan rekod dalam jumlah pengikut di Instagram.

Ronaldo memecah rekod itu sekaligus jauh mendahului individu lain termasuklah selebriti terkenal Hollywood. Rekod tempat kedua kini milik Kylie Jenner dengan 309 juta pengikut dan Lionel Messi di tempat ketiga dengan 306 juta pengikut.

Sebelum ini, Ronaldo mencapai jumlah pengikut seramai 200 juta pada Januari 2020. Kini, dia berjaya menggandakannya dalam tempoh dua tahun.

2 years lalu

Teman Wanita Cristiano Ronaldo Muatnaik Foto Aksi Dengan Hanya Pegang Sebuah Beg Bikin Hal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hype Beast

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...