Kailan RM18 Sepinggan, Peniaga Restoran Akui Tersilap Letak Harga

Berita

Kailan RM18 Sepinggan, Peniaga Restoran Akui Tersilap Letak Harga

Sebuah restoran di Kepala Batas menjadi tular berikutan mereka meletakkan harga hidangan sayur berupa kailan ikan masin dengan harga yang cukup tidak masuk akal dengan kuantiti yang diberikan iaitu RM18 sepinggan.

Ia mula menjadi bahan bualan netizen di media sosial apabila seorang pelanggan yang mengunjungi restoran tersebut telah memuat naik resit hidangan yang memaparkan sayuran tersebut yang dikenakan harga yang sangat mahal.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, pengusaha restoran Anjung Ikan Bakar Nory dalam kenyataan Facebook rasmi mereka tampil menjelaskan bahawa hidangan kailan ikan masin itu dikenakan harga yang berbeza mengikut saiz hidangan iaitu saiz S pada harga RM6, M (RM12) dan L (RM18).

Kenyatan FBSumber : Google  

Selain itu, pihak mereka juga mengakui mungkin ada sedikit kesilapan dari segi penyediaan hidangan atau ketika memasukkan harga pesanan tersebut di kaunter bayaran.

Dalam pada itu, pihak restoran terbabit turut meluahkan rasa kesal kerana beranggapan bahawa pelanggan tersebut sepatutnya tampil bertemu mereka secara berdepan dan bukannya memuat naik isu tersebut di media sosial sehingga menjadi tular.

Jika pihak kami silap, boleh datang terus bertemu kami untuk menyelesaikan isu ini dan bukannya ditularkan (di media sosial).

Terdahulu, perkongsian pelanggan berkenaan mengenai ‘kailan ikan masin RM18’ itu telah mendapat perhatian ramai sehingga ia menjadi kecoh di laman sosial yang rata-ratanya berpendapat bahawa harga yang dikenakan adalah terlalu mahal.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang telah mengeluarkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan kepada pengusaha restoran berkenaan bagi tujuan siasatan terperinci.

Sotong Appollo hameediyah
3 years ago

Tular Resit Harga Sotong RM100, Pelanggan Mohon Maaf Pada Pengusaha Restoran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...