June Lojong ‘Berguru’ Dengan Wanita Misteri Tinggal Di Hutan, Demi Hidupkan Watak Dukun Dalam Filem Roh

Hiburan

June Lojong ‘Berguru’ Dengan Wanita Misteri Tinggal Di Hutan, Demi Hidupkan Watak Dukun Dalam Filem Roh

Lakonan mantap Junainah M.Lojong atau June Lojong menerusi karya Roh yang diangkat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) baru-baru ini berjaya membuka mata peminat seni tentang bakat isteri kepada pelakon Namron itu.

Namron
2 bulan lalu

Namron Akui Ilmu Teater Bantunya Berjalan Atas Pentas KLFW

Advertisement

Mengimbau kembali tentang proses penggambaran filem Roh, June memberitahu bahawa watak seorang dukun yang dipanggil sebagai Tok itu pada mulanya sukar untuk dilakonkan.

Pada saya, watak tu sangat tricky dan susah untuk dibawa. Ia sangat mencabar sebab watak Tok ni ada yang kata seperti syaitan, orang tua atau nenek kebayan.

Menurut June, dia tidak mempunyai sebarang rujukan bagi membantunya menghidupkan watak seperti syaitan yang menyerupai manusia.

June turut memberitahu yang dia terpaksa berjumpa dengan individu yang agak misteri kerana tinggal di kaki gunung berseorangan semata-mata untuk mendalami watak tersebut.

June Lojong

Jadi saya jumpa dengan orang tua yang tinggal di kaki gunung.. Dia hidup dengan hidupan di hutan seorang diri.

Tambah June lagi, orang tua yang dijumpainya tersebut kelihatan seperti orang tua tetapi tidak tua kerana tua yang kuat serta berjalan laju walaupun nampak tua daripada segi luaran.

Sekadar info, June telah dinobatkan sebagai penerima trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-31 baru-baru ini hasil lakonannya dalam filem Roh tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...