Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila beliau mengeluarkan satu kenyataan seakan-akan tidak masuk akal untuk seorang menteri berkata seperti itu.
Dalam ucapannya untuk mempertahankan industri minyak sawit di Malaysia, dia berkata industri ini sama sekali tidak mengancam populasi orang utan dan tambahan lagi, beliau berkata orang utan yang berkemungkinan besar membunuh manusia berbanding manusia membunuh mereka.
Menurut beliau, semasa lawatan ke Mekah baru-baru ini, dia bertemu dengan Duta Malaysia di sana dan dimaklumkan, bahawa buku sekolah mereka memberi penerangan yang buruk tentang industri minyak sawit Malaysia.
Saya beritahu dia, di Malaysia, kalau awak nampak orang utan, orang utan akan bunuh awak dulu, bukan awak bunuh orang utan dulu. Kan?
Banyak benda boleh belajar dari menteri2 yg bijak pandai:
1) di Malaysia, kalau orang utan jumpa manusia, orang utan bunuh manusia dulu ?
2) di Malaysia ada singa ?
Selamba aaah cikgu aku dulu tipu kat sekolah, tak ajar benda2 ni ? pic.twitter.com/saU8zc6YhN
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) January 19, 2022
Bukan hanya ucapannya mengenai orang utan menjadi bualan ramai, malah berkenaan dengan singa juga menjadi bualan warganet kerana Malaysia bukanlah habitat untuk haiwan terbabit.
Ucapan yang dibuat pada 5 Jan lalu itu mula tersebar luas di platform TikTok baru-baru ini dan ia juga menarik perhatian bekas ahli politik, Rafizi Ramli yang memuat naik video terbabit di Twitternya dengan berseloroh berkata dia berasa tertipu terhadap gurunya di sekolah.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang berasa kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zuraida kerana merasakan seorang menteri seharusnya tahu apa yang hendak diperkatakan kepada orang ramai dan beberapa netizen lain berkata tidak pernah membaca kes orang utan membunuh manusia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.