Jumlah Warga China Menetap Di Malaysia Meningkat Dua Kali Ganda, Jadi Pilihan Sebab Lebih Mampu Milik

Gaya Hidup

Jumlah Warga China Menetap Di Malaysia Meningkat Dua Kali Ganda, Jadi Pilihan Sebab Lebih Mampu Milik

Malaysia menjadi antara negara pilihan ramai penduduk dari pelusuk dunia untuk menetap disebabkan beberapa faktor seperti kos hidup yang jauh lebih murah berbanding negara mereka.

Jumlah warga China yang menetap di negara ini dilaporkan meningkat sebanyak hampir dua kali ganda sejak 2022.

Advertisement

Menurut pengarah di Institut Kajian China di Universiti Malaya, Ngeow Chow Bing, seramai 150,000 hingga 200,000 warga China berada di Malaysia berbanding pada tahun 2022, kira-kira 82,000.

rakyat China menetap di Malaysia

 

Faktor Malaysia menjadi pilihan

Katanya, antara faktor yang mendorong warga China untuk ke luar negara mencari peluang baru adalah pertumbuhan ekonomi China yang semakin perlahan serta peraturan perniagaan yang lebih ketat.

Selain Malaysia mempunyai hubungan sejarah yang kukuh dengan China, negara kita merupakan pilihan yang lebih mampu milik bagi mereka.

hubungan malaysia china

Dalam pada itu, Program Malaysia My Second Home (MM2H) turut menyumbang kepada peningkatan jumlah tersebut dengan menarik bukan sahaja golongan kaya tetapi juga pelbagai individu lain.

 

Elak sentimen anti-China

Terdapat juga warga China yang mahu mengelak sentimen anti-China yang berlaku di negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Australia.

Sementara itu, Financial Times pula melaporkan bahawa warga China kini merupakan kumpulan pelajar asing dan penduduk jangka panjang terbesar di Malaysia.

pelajar china

Mana tidaknya, Kementerian Pendidikan melaporkan institusi pendidikan tinggi di Malaysia telah menerima lebih daripada 44,000 pelajar China pada tahun lepas, meningkat 35 peratus daripada tahun 2021.

Selain itu, jumlah pelajar China di sekolah antarabangsa juga lebih daripada dua kali ganda dari tahun 2021 hingga 2023.4

8 months ago

"Kita Kena Jadi Tuan Rumah Yang Bagus.." - Pelancong China Riuh Dalam ETS, Pak Nil Dipuji Pandai Kawal Situasi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : VOCKET

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...