Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Julie Perez Takut Datang Malaysia Kerana Zed Zaidi

Ada juga fungsinya Zed Zaidi ini. Bagus jugaklah kerana kontroversi Zed Zaidi dengan Julia Perez sebelum ini menyebabkan pelakon Indonesia ini tidak berani menjejakkan kaki ke Malaysia. Walaupun Abang Nara tiada masalah kalau Julia Perez nak datang, lebih-lebih lagi untuk mempromosikan filemnya, namun kehadiran Julia Perez yang selalu berimej seksi sedikit sebanyak menganggu pandangan mata rakyat Malaysia.

julia perez

Advertisement

Sepatutnya Jupe hadir ke Malaysia untuk mempromosikan filem lakonannya Fobia Malam Pertama yang diarahkan oleh Murali Abdulah. Namun menurut Murali, Jupe masih trauma dengan kejadian yang berlaku tahun 2012. Kata Murali:-

Dia tak nak datang (promosi) sebab isu bergaduh di Twitter dengan Zed dua tahun lalu. Sekarang kami yang susah. Sekarang saya pula jadi fobia dia (Jupe) diambil untuk melariskan filem, tapi tak nak pula datang promosi sebab kes dengan Zed.

Sudah tentu saya tidak okey dengan keputusan dia. Tapi saya hormati sebab dia takut untuk ke sini. Dia masih trauma. Mahu tak mahu saya terima dan tak boleh paksa.

zed zaidi jupe

Tak sangka hebat juga Zed Zaidi ini sampai fobia dibuatnya Julia Perez. Hehehe. Apa pun kepada Jupe, janganlah trauma lama sangat. Kami rakyat Malaysia semuanya baik-baik sahaja. Nak datang boleh je, tak ada masalah. Yang penting hormati budaya rakyat Malaysia. Tak gitu?

P.S: Gambar 2 penumpang haram MH370

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top