April 22nd, 2015

Satu ketika dahulu, Juliana Evans pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Zizan Razak. Namun ternyata perkhabaran itu palsu semata-mata. Mereka berdua hanyalah sekadar kawan baik. Seperti yang kita semua sedia maklum, kebelakangan ini nama Zizan Razak tak lekang-lekang dihimpit dengan kontroversi. Lepas satu demi satu. Kasihan juga memikirkan nasib kurang baik Zizan. Namun itu semua adat dan lumrah menjadi seorang selebriti.

juliana evans zizan razak

Diminta memberi pendapat terhadap apa yang terjadi kepada bekas kawan rapatnya itu, Juliana Evans berkata:-

Saya tidak mahu cakap banyak tentang itu walaupun kami pernah menjadi kawan rapat suatu masa dahulu. Lebih seronok rasanya kalau saya buat hal sendiri. Lagipun, itu masalah dia, kan?

Ya, saya memang kasihan dengan apa yang berlaku terhadap Zizan. Sebagai kawan siapa yang tidak kasihan walaupun saya tidak mengikuti perkembangannya selalu. Namun, saya tidak boleh komen apa-apa. Itu masalah dia, saya tidak mahu masuk campur. Gosip itu lumrah. Yang selalu bercerita tentang masalah Zizan pun, kawan saya.

Kahwin (berita kahwin Zizan) ? Saya memang ada terbaca. Baguslah untuk dia. Perkahwinan itu satu petanda baik buat Zizan. Sekurang-kurangnya ada orang akan jaga dia. Semoga dia berjaya dalam hidup dan kerjaya.

zizan dan juliana evans

Juliana Evans dan Zizan Razak masing-masing pun sudah menempuh haluan sendiri. Memang tidak wajar untuk mengaitkan nama mereka berdua lagi. Masing-masing sedang bahagia dengan pilihan sendiri. Biarlah dari kejauhan mendoakan kebahagiaan masing-masing. Tak gitu? Sumber Utusan Malaysia.


Comments are closed.

Loading...