Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Cincin Serupa Di Jari, Zizan Dan Juliana Evans Nafi Bercinta

Teringat Abang Nara zaman muda-muda dulu. Ramai kawan Abang Nara yang bercinta memberikan hadiah cincin kepada awek-awek mereka. Kata mereka, itu cincin couple. Tanda si gadis sudah kena chop. Namun bagi Zizan dan Juliana Evans, walaupun sudah memakai cincin serupa, mereka sekadar kawan baik sahaja.

cincin juliana evans zizan

Advertisement

Menurut Zizan, cincin tersebut adalah pemberian Juliana Evans kepada dirinya. Adakah ini bermakna Juliana Evans sudah chop Zizan? Hehehe. Itu satu gurauan sahaja. Daripada apa yang diberitahu kepada media, Zizan mengakui Juliana Evans sekadar kawan rapat yang sekepala dengannya.

cincin juliana evans zizan
Abang Nara respek dengan Zizan. Abang Nara yakin kalau anda berada di tempat Zizan, sudah pasti anda dah canang satu dunia Juliana Evans itu awek anda. Iyerlah, Juliana Evans kan cun melecun. Kalau tak chop awal-awal mahu kena rembat dengan orang lain. Mungkin Zizan dan Juliana Evans masih hanya mahu berkawan terlebih dahulu sebelum memasuki fasa percintaan.

cincin juliana evans zizan
Apa pun Abang Nara doakan agar perhubungan Zizan dan Jue akan menjadi lebih daripada kawan satu hari nanti. Bukan apa, kedua-duanya nampak sama cantik sama padan. Memang sesuai sangat kalau bercinta. Tak gitu? Kredit gambar kepada BuahMulut.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

70 Comments

  1. dania

    November 27, 2012 at 4:18 pm

    zizan sangat kacak i love you

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top